Akidah Islam
1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi. (nota ms 3 A)
2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama. (nota ms 4 B))
3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.
(nota ms 4 C)
4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya. (nota ms 5 D)
5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia. (nota ms E)
Masalah 231.
Apakah Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lain.?
Jawapan.
1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”
وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه ِشَيـْـءـًـا.
Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()(nota ms 6 F)
2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan. Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)
3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3. (nota ms 12 H’)
إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإ ِنـَّا كـَفـُو ْر ًا.
Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)
Masalah 232.
Apakah yang dinamakan al-Husna itu. Minta tuan terangkan.?
Jawapan.
1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)
2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.
3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)
4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi dan Allah tidak memberitahu kepada kita.
5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah bilangnan, Nama-namaNya dan PengertianNya
1. Allah - Nama bagi Zat Allah
2. Al-Rahman - Yang memberi nikmat-nikmat besar
3.Al-Rahim - Yang memberoinikmat kecil
4. Al-Malik - Yang memerintah mengikut kehendakNya
5. Al-Quddus -Yang membersih dari segala keaiban dan kekurangan.
6. Al-salam -Yang mententeramkan makhluk Nya
7. Al-Mukmin -Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya
8. Al-Muhaimin - Yang menguasai.
9. Al-Aziz - Yang Berkuasa (menang).
11. Al-Mutakabbir -Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan.
12.Al-haliq - Yang mencipta segala makhluk.
13. Al-Bari - Yang mencipta segala bernyawa dan mengadakan ada yang telah ada asalnya.
14. Al-Musawwir - Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu
15. Al-Ghaffar - Yang sangat mengampun dosa.
16. Al-Qahhar - Yang sangat keras.
17. Al-Wahhab - Yang sentiasa membreri.
18. Al-Razzaq - Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya.
19. Al-Fattah - Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya.
20. Al-Alim - Yang mengetahui segala sesuatu
21. Al-Qabit - Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada sesiapa yng dikehendakki nya.
22. Al-Basir - Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.
23. Al-Hafid - Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah.
24. Al-Rafi - Yang mengangkat orang orang yang berhak diangkat.
25. Al-Muizz - Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya.
26. Al-Muzill’ - Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya.
27. Al-Samii’ - Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar.
28. Al-Basir - Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat.
29. Al-Hakam - Yang memutus hukum yang tidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya.
30. Al-Adl - Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya.
(Akan disambung lagi hingga Nama ke 99)....
Masalah 233.
Mohon tuan huraikan kejadian dan tabiat malaikat dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiatan dengan kehidupan manusia di dunia. (
Jawapan.
Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan aal-Sunnah.
Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman. Firman Allah s.w.t.:’-
ا من الرسول بما أنل الله من ربه والمؤن كل
آمن بالله وملاكته وكتبه ورسوله لانفرق
لانفرق بين أحد من رسله.
“Rasulullah percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga) orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya.”
Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-
a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana
sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
(H.R. Muslim dan Ahmad)
b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang berada bersama Baginda.
c…Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya. .Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu siaoa dia yang bertanya itu. Umar memjawab :
“Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril dating kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah sepenuhnya. Tidak petnah menderhaka
d.. Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.
e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-
(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul.
(2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi tugas Mengambil nyawa.
(3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan hujan.
(4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala.
(5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu Syurga.
(6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga pintu neraka.
(7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaskan untuk menulis amal kebajika.
Kesimpulan.
1. Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).
2. Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghaib.
Masalah 234.
Mohon tuan Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia.
Jawapan.
Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia
Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.
Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-
“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).
Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-
Firman Allah swt yang Bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)
Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)
Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.
Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)
Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-
“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).
Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.
Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.
Sekian dahukjl dalam hal ini, dan akan di sambung lagi dalam masa akan datang. Insya Allah....
------------------------------------oooooooooooooooo--------------------------------------
Monday, December 26, 2011
Akidah - Rukun Iman yang Ke 5 )
RUKUN IMAN YANG KE 5.
BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini .
---------------------------------
Rukun Iman Ke 5. Beriman dengan Hari Akhirat.
1.. Pengertian beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari akhirat secara ijmaknya ialah beriman dengan segala apa yang dilkhabarkan (diceritakan) oleh Allah s.w.t. dalam kitab-Nya dan segala apa yang dikhabar oleh Rasul-Nya daripda apa yang akan berlaku selepas mati dan di alam kubur, azab dan nikmatnya, kebangkitan semula, pengumpulan manusia di padang Mahsyar, pembahagian suratan amalan, hisab dan timbang segala amalan, kolam, titian, syafaah, syurga, neraka dan apa-apa yang disediakan oleh Allah untuk ahli syurga dan neraka.
2... Kewajipan beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari Akhirat salah satu dari rukun iman yang enam perkara itu. Sesiapa yang mengingkari dan tidak mempercayai akan adanya Hari Akhirat dan mempercayaai rukun-rukun iman yang lain maka dia bukanlah seorang yang beriman atau bukanlah dia seorang Islam yang sahih.
Firman Allahg s.w.t. :
يَأ َايَّهَاالـَّذِ ينَ ءَامَنُواءَامَنُوابِاللهِ وَرَسُولـِهِ وَالـْكِتَبِ الـَّذِى نَزَّلَ عَلىَ رَسُولـِهِ وَالـْكِتـَبِ الـَّذِى أ َنَّزَلَ مِنْ قَبَلُ ج وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ وَرَسُلِهِ وَالـْيَوْمِ الْأ َخِرِ فـَقَدْ ضَلَّ ضَلَا بَعـِيد ًا. (النســاء 136)
”Wahai orang-orang yang beriman, percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan Kitab (al-Quran) yang diturunkan ke atas Rasul-Nya dan kitab yang diturun sebelumnya. Dan barangsiapa yang kufur (ingkar) dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia sesat sebagai sesat yang jauh.
(An-Nisa; ayat 136)
Rasulullah s.a.w apabila Jibril bertanya tentang iman maka baginda menjawab:
أ َنْ تـُؤْ مِنُ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ وَرَسُلِهِ واليوم الأخرِ وَتُؤْ
مِنُ بِالـْقَدْرِهِ وَشَرِّهِ. (رواه البخارى ومسلم)
“Bahawa engkau beriman dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat. Dan engkau beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
3.. Nama-nama Hari Akhirat.
Al-Quran menamakan Hari Akhirat dengan berbagai-bagai nama yang diambil dari perisitwa-peristiwa yang berlaku pada hari itu. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Yawm al-Bath – Hari Kebangkitan kerana manusia yang telah mati dibangkit semula dengan ruh dan jasad.
b. Yawm al-Khuruj – Hari Keluar kerana manusia keluar dari kubur mereka untuk kehidupan yang lain.
c. Yawm al Qiyamah – Hari Kiamat kerana berdirinya semua manusia pada hari itu untuk dikira amalan mererka.
d. Yaum al-Din – Hari pembalasan kerana semua manusia akan menerima balasan atas segala amalan mereka.
e. Yawm al-Fasl – Hari Penyelesaian kerana penyelesaian antara manusia dilakukan dengan penuh keadilan.
f. Yawm al-Jam’l – Hari berhimpun kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk dihisab.
g. Yawm al-Hasyr – Hari Berkumpul kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk dihisab.
h. Yawm al-Hisab – Hari Pengiraan kerana pada hari itu kiraan dilakukan ke atas segala amalan manusia di dunia ini.
i. Yawm al-Waid – Hari Janji kerana janji jahat dilaksanakan pada hari itu.
j. Yawm al-Hasrah – Hari Penyelesalan kerana orang-orang kafir dan penderhaka menyesal pada hari itu.
k. Yawm al-Khulud – Hari Kekal kerana hidup pada hari itu kekal selama-lamanya.
l. Selain dari nama-nama tersebut banyak lagi nama yang lain yang dirasakan tak perlu disebut semuanya disini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh dirujuk kepada ”Kitab al-’Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha” oleh Abdul Rahman Hasan Hanabbakah al Maidani, halaman 628-629.
4.. Al-Sa’ah Waktunya Dan alamat-Alamatnya.
a. Kehidupan akhirat tidak akan berlaku kecuali setelah berakhir dan musnah semua alam dan kehidupan dunia ini. Al-Quran menamakan waktu kemusnahan dan berakhir alam ini dengan nama ”al-Sa’ah” iaitu waktu yang ditentukan pada ilmu Allah untuk mengakhiri alam dan kehidupan dunia ini. Ianya berlaku selepas tiupan sangkakla pertama.
b. Al-Quran menggambarkan al-Sa’ah sebagai hari kemusanahan alam dunia ini seluruhnya dan diganti dengan alam yang lainj. Antaranya firman Allah s.w.t. :
اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ(1) وَإِذَا الـْكَوَاكِبُ انـْتـَثَـَرَت ْ (2)
وَإِذَا الـْبِحَارُفُجِّرَتْ(3) وَإِذَا الـْقُبُورُبُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ
نـَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَ َخَّرَتْ.(5)
(سورة الفترة 1 – 5)
“Apabila langit berbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila laut pecah bercampur baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan (setelah semuanya itu berlaku) mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan.” (Al-Infitar ayat 1 – 5).
Fitrman Allah s.w.t. lagi di alam al-Quran Surah al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud:
“(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti lambaran surat catitan, sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” (al-Anbiya ayat 104)
5..Bilakah Waktu kejadian al-Sa’ah?
Al-Sa’ah antara perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui waktunya kecuali Allah s.w.t. seperti firman Allah s.aw.t. di dalam Surah al-A’raf ayat 187 yang artinya :
“Mereka bertanya kepadamu (Hai Muhammad) tentang al-Sa’ah bilakah datangnya? Katakanlah : Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia (Allah). (Huru- hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.
(Surah al-A’raf ayat 187)
6.. Alamat-Alamat Al-Sa’ah.
Alamat-alamat al-Sa’ah bermaksud perkara-perkara yang berlaku sebelum terjadinya al-Sa’ah dan Hari Kiamat itu boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu alamat-alamat kecil dan alamat-alamat bersar.
7.. Akamat-Alamat Kecil ialah:
a. Kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. –baginda bersabda: Bermaksud: “Di antara aku dibangkit dan kejadian al-Sa’ah seperti dua jatri ini –iaitu baginga menunjukkan jatri telunjukdengan jari tengah).” (H.R. Bukhari dan Muslim).
.
b. Hadis daripada Annas r.a. bermaksud ;”Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ; ”Sesungguhnya diantara alamat al-Sa’ah ialah diangkat ilmu Islam. banyak kejahilan, banyak kemungkaran zina dan minum arak, kurang bilangan lelaki dan banyak bilangan perempuan sehingga nisbah bagi lima puluh orang perempuan bagi seorang lelaki.” (H.R. Bukhari dan Muslim).\
c. Menurut sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata : “Sementara Rasulullah s.a.w. berbicara, tiba-tiba datamg seorang ‘Arabi dan bertanya : “Bilakah akan berlaku al-Sa’ah ya Rasulullah? Rasulullah pun menjawab ; ”Apabila dihilangkan amanah, maka tuggulah masa al-Sa’ah. Dia bertanya lagi: Bagaimana hilangnya amanah itu.? Baginda menjawab ; ”Apabila diserahkan pemerintahan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni yang tidak ada kelayakkan), maka tunggulah al-Sa’ah.” (H.R. Bukhari ).
d. Antara alamat hampir kiamat, atau al_Sa’ah, apabila keadaan terbalik seperti anak-anak menderhaka pada ibu bapa dan merhambakan ibu-ibu mereka dan orang-orang dahulunya papa kedana telah menjadi kaya raya.
e. Malaikat Jibril bertanya Rasulullah s.a.w. tentang al-Sa’ah, katanya : (bermaksud). ”Ceritalah krepada ku (hai Muhammad) tentang al-Sa’h. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : “Tidakkah orang yang bertanya lebih mengetahui daripada orang yang kena Tanya. Jibril bertanya lagi : “Ceritakan kepadaku alamat-alamatnya.? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bahawa hamba-hamba telah memperanakkan hasil dari tuannya, dan engkau dapat lihat orang yang berkaki ayam, yang tak berpakaian, yang papa kedana, yang mrenjadi gembala kambing dapat membina bangunan-bangunan yang tunggi. (H.R. Bukhari)
f. Selain dari perkara di atas itu ada banyak lagi yang lain yang menyatakan keadaan dan masyarakat di akhir zaman yang penuh dengan huru hara, kemusnahan, kemungkaran dan kemaksiatan.
8..Alamat-alamat Besar Al-Sa’ah danHari Kiamat.
Terdapat satu hadis yang menyatakan sepuluh perkara yang merupakan alamat-alamat besar tentang hampirnya Kiamat dan al-Sa’ah, maksudya hadis tersebut: -
“Nabi s.a.w menjengok kami semasa kami sedang berbincang dan bermuzakarah, lalu baginda berkata: “Apakah yang kamu bincang dan bermuzakarah? Mereka menjawab. “Kami bermuzakarah mengenai al-Sa’ah” baginda s.a.w. berkata: “Sesungguhnya al-Sa’ah tidak akan berlaku kecuali setelah kamu melihat sepuluh tanda dan alamat sebelumnya.” Maka baginda menyebut Keluar Asap, Dajjal, Keluar Binatang Dabbah, Naik matahari dari barat, Turun Isa a.s., Keluar Ya’juj dan Ma’juj, berlaku tiga Gerhana iaitu Gerhana di timur, Gerhana di barat dan Gerhana di Semenenjung Arab dan akhir sekali Keluar api dari Yaman yang menolak manusia ke tempat perhimpunan mereka.”
(H.R. Muslim, Abu Daud, At-Termidzi dan Ibn Majjah)
9..Keterangan Mengenai 10 Alamat Kiamat dan al-Sa’ah.
a. (1). Keluar asap atau debu.
b. (2). Keluar Dajjal
c. (3). Keluar binatang dabbah
d. (4). Naik matahari sebelah Barat.
e. (5). Turun Nabi Isa a.s. ke dunia.
f. (6). Keluar Ya’juj danMa’juj.
g. (7). Gerhana matahari di sebelah timur.
h. (8). Gerhana matahari di sebelah barat.
i. (9). Gerhana matahari di Semenanjung Arab.
j. (10). Keluar api dari Yaman yang menolak manusia di tempat
perhimpunan mereka.
10.. Keterangan lanjut mengenai Har Kiamat.
a. Permulaan Hari Akhir.
b. Alam Barzakh.
c. Kebangkitan semula orang yang telah mati.
d. Pengumpulan Semula Makhluk
e. Pembalasan Segala Amalan.
f. Soalan Mizan (pertimbangan).
g. Meneganai Soal-Jawab di Akhirat
h. Kitab Catatan amalan dan Penyaksian Anggota badan.
i. Kitab Catatan Segala Amalan
j. Penyaksian Anggota-Anggota badan.
k. Al-Haudh (Kolam air di Syurga)
l. Sirot (Titian)
m. Syurga dan Neraka.
n. Sifat Syurga dan Neraka.
(Bersambung lagi)
Penjelasasn.
Penjelasan dari perkara (para) 10 di atas akan di terangkan kemudian.
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin Universiti Malaya Semester 6, Kos IUD 603 – AKIDAH, oleh Ustaz Abdul Aziz Awang Kechik – tahun 2007).
--------------------------
Penutup.
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooo--------------

Rukun Iman yang Ke empat (4)

Rukun Iman Yang Keempat –
Beriman kepada Kitab-Kitab Allah.
Bahawa sesungguhnya setiap rasul dan nabi yang diutuskan kepada sesuatu kaum dan bangsa mempunyai syariat dan ajaran. Semua ajaran itu disampaikan oleh malaikat dan dicatatkan di dalam kitab-kitab dan suhuf (helai). Jumlah kitab-kitab suci tidak diketahui jumlah sebenarnya. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun begitu setiap rasul dan nabi itu pasti dibekalkan dengan kitab-kitab suci masing-masing.
Beriman kepada kitab Allah itu bererti kita wajib beriktikad dan berkeyakinan dengan sebenar-benarnya bahawa sesugungguhnya Allah Taala itu mempunyai beberapa kitab suci yang merupakan fuirman Allah yang hakiki. Diturunkan melaluiu wahyu yang disampaikan dengan perantaraan malaikat Jibril alaisalam. Firman Allah s.w.t. :-
كَانَ النَّاسُ أ ُمَّـةً وَحِدَةً فَبَعَثَ اللهُ النَّبِيِّنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنـْزَلَ مَعَهُمُ الـْكِتَبَ بِـالـْحَقِّ لـِيَحْكُمَ بَيْنَ النـَّاسِ فِيْمَا اخـْتَلـَفُوْا فِيهِ. ج (البقرة 213)ز
“Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham, maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amaran kepada yang engkar dengan khabar buruk akan ditimpa azab neraka dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikkan. ”
(Surah al-Baqarah ayat 213)
Sejak Nabi Allah Adam sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. jumlah kitab-kitab suci yang telah diturunkan ialah sebanyak satu ratus enpat (104) buah. Seratus (100) buah suhuf (lembaran) dan 4 buah kitab suci.
Antara kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada para rasul-rasul ialah :-
a. Kitab Taurat.
b. Kitab Zabur.
c. Kitan Injil .
d. Kitab Suci Al-Quran.
(1). Kitab Taurat.
Kitab Taurat ini diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. Kandungan kitab Taurat mengandungi hukum-hukum syariat serta iktikad yang betul, benar dan diredhai Allah. Kandungan kitab suci Taurat ini adalah wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada kaumnya. Antara lain kandungan Taurat ialah turut juga menceritakan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir.
Firman Allah s.w.t.:-
إِنـَّآأ َنْزَلـْنَا التَّوْرَــة َ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ج يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الـَّذِينَ أ َ سْلـَمُوا لـِلـَّذِينَ هَا دُوْاوَا لرَّبَّنـِيُّونَ وَالْأ َاحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوْا مِنْ كـِتَبِ اللهِ وَكَا نُوْا عَلـَيْهِ شُهَدَآءَ ج. (ألمايده 44)
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang dengan itulah nabi-nabi yang patuh (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang Yahudi dan dengannya juga ulama mereka dan pendita-penditanya menjalankan hukum Allah. Sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (kitab Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasan (dari sebarang perubahan).”
(Surah al-Maidah ayar 44).
(2). Kitab Zabur.
Kitab suci Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. Kitab Zabur mengandungi fatwa-fatwa, doa, zikir, nasihat-nasihat atau peringatan yang mesti dijalankan oleh umat Nabi Daud. Kitab Zabur tidak nengadungi syariat atau hukujm-hukum Allah kerana Nabi Daud mengikuti syariat Nabi Allah. Firman Allah s.w.t. –
وَءَاتـَيـْنَا دَاوُدَزَبـُورًا. (ال-لإشرأ 55)
Kami (Allah) tealah memberikan kitab Zabur kepada Nabi Daud.
(Al-Isra; ayat 55).
(3). Kitab Injil.
Kitan Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s., mengandungi wahyu-wahyu Allah yang mengajar manusia kembali menyembah Allah. Di dalam kinath Injil ini juga diterangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang terakhir dan penyudah segala rasul dan nabi.
Kitab Injil yang ada sekarang ini sudah tidak ada keasliannya lagi kerana sudah berlaku perubahan di sana sini. Ada empat kitab Injil pada masa sekarang iaitu Injil Matius, Injil Markus, Inil Lucas dan Injil Johannes.
Keempat-empat kitab Injil tersebut dikarang oleh empat orang pendita Kristian dan isinya saling bertentangan antara satu sama lain. Kitab-kitab tersebutlah yang kini menjadi pegangan penganut agama Kristian.
(4). Kitab Suvci Al-Quran.
Kita suci al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada umat manusia. Al-Quran penutup segala kita. Kitab suci al-Quran ditrunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah selama 22 tahun 2 bulan dan mengandungi 6,236 ayat.
ASl-Quran mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berbreza dengan kitab-kitab yang terdahulu. Antara keistemawaannya ialah:
a. Isi kandungannya sesuai untuk semua bangsa tanpa menghira warna kulit dan bahasa serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat untuk semuaa zaman. Ajaran kitab al-Quran kekal dan sesuai sampai ke akhir zaman. Asl-Quran bersifat universal (kesejagatan). Manakala kita-kitab suci yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk zaman, umat dan suasana pada masa ia diturukan sahaja.
b. Kitab suci al-Quran kekal dalam keadaan asalnya walau satu huruf pun. Tidak ada sebarang perubahan dan kesilapan. Hakikat ini dijamin oleh Allah seperti firman-Nya :-
إِنـَّا نَحْنُ نَزَّلـْنَا الذِّكْرَوَ إ ِنـَّا لَهُ لـَحَفِظُونَ. (الهجر9)
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan peringatan (al-Quran)
itu dan sesungguhnya kami pasti memeliharanya (daripada
kepalsuan)”
(Surah al-Hijr: ayat 9).
Kitab suci yang lain seperti Injil, Zabur, Taurat sudah diubah
mengikut selera pengikut agama masing-masing.
c. Al-Quran itu dapat dibuktikan keasliannya, tidak dicampur aduk dengan bahasa percakapan manusia. Al-Quran dapat dibuktikan bahawa ia benar-benar wahyu Allah.
d. Kitab suci al-Quran mempunyai bukti sejarah yang terang dan jelas dilengkapi dengan sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran diturunkan dapat dibuktikan dengan catatan sejarahnya yang sahih. Sedangkan kitab-kitab suci terdahulu mengandungi kekaburan fakta sejarahnya.
e. Kitab suci al-Quran adalah penyempurnaan segala kitab yang sebelumya. Firman Allah s.w.t. :-
اَلـْيَوْمَ أ َكْمَلـْتُ لـَكُمْ دِينَكُمْ وَأ َتـْمَمْتُ عَلـَيْكُمْ نِعْمَتِى
وَرَضَيْتُ لـَكُمُ الْاءِسْلـَمَ دِيـنـًا ج (المأيده: 3)
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu
agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama baginya.” (Surah al-Maidah ayat 3) .
---------------------------------------------------------------
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006)
--------------ooooooooooooo--------------
Akidah- Rukun Iman Ketiga (3)

Rukun Iman Ketiga – Iman Kepada Rasul.
Beriman kepada para rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang Ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Allah Adam a.s. dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Walau bagaimanapun, antara rasul dan nabi ada perbezaannya. Rasul diutuskan kepada seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja. Semua rasul adalah nabi, tetapi tidak sebaliknya. Rasul ini masing-masing mempunyai mukjizat tersendiri yang di kurniakan oleh Allah bagi menguatkan pengakuan sebagai rasul dan nabi. Namun demikian masih ada manusia yang enggan dan tidak mahu mengakui kerasulan dan kenabian ini.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Fatir ayat 24 dab 25 :-
إِنـَّآ أَرْسَلـْنَاكَ بِالـْحَقِّ بَشِيرًاوَنَذِيرًا ج وَإِن ْ مِّنْ أ ُمَّةٍ إِلاَّ خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ (24) وَإِنْ يُكَذِّبُوْكَ فَقـَدْكَذّ َبَ الـَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ جَـآءَتْهُمْ رُسُلـُهُمْ بِالـْبَيـِّنَتش وَبِالزَّبُرِوَ بِالـْكِتـَبِ الـْمُنِيرِ (
25)
Bermaksud:
”Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar, sebagai pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kerpada orang yang engkar dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah diutusakan seorang rasul bagi memberi ingatan dan amaran kepada mereka”
”Dan jika mereka yang kafir itu mendustakannya, maka yang demikian itu tidaklah menjadi masalah kerana sesungguhnya orang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan para rasul masing-masing. Mereka telah diutuskan rasul bagi memberi keterangan-keterangan yang nyata dan disertai dengan kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta kitab (syariat) yang terang jelas. (Surah Fatir ayat 24 dan 25).
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 1:-
الـَـر ج كِـتـَبٌ أَنْزَلـْنَهُ إِلـَيْكَ لـِتُخْرِجَ الـنـَّاسَ مِنَ الظُّلـُمَتَ إِلىَ النـُّورِ بِـاءِذْنِ رَبِّهِمْ إِلىَ صَرَطِ الـْعَزِيرِ الـْحَمِيدِ. (1)
Bermaksuds: “Aliff, Lam, Raa, inilah kitab (al-Quran) kami turunkan kepadamu, wahai Muhammad dengan itu engkau dapat mengeluarkan umat manusia daripada gelap gelita (kebodohan/kufur) kepada terang-benderang (iman) dengan izin tuhan mereka, ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji” (Surah Ibrahim ayat 1)
Dalamn Surah Ibrahim ayat 4 juga, Firman Allah :-
وَمَا أَرْسَلـْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قـَوْمِهِ لـِيـُبـَيـِّنَ لـَهُمْ ج فَيُضِلُّ اللهُ مَنْ يَشَآءُ وَيَهْدِى مَنْ يَشَآءُ ج وَهُوَ الـْعَزِيْزُ الـْحَكِيمُ. (4)
”Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) juga memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ibrahim: ayat 4).
Semua rasul-rasul telah meaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik iaitu menyampaikan kepada umat masing-masing amanah Allah. Rasul-rasul itu mengajar mereka bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Kuasa bahawa Allahlah yang mengatur masyarakat manusia dengan syariat yang betul supaya mereka dapat hidup di dunia ini dengan rukun dan damai serta aman makmur, bahawa Allah menghendaki tiap-tiap orang berakhlak mulia dan berbudi luhur. Semuanya itu dengan tujuan bagi mengwujudkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Sifat-Sifat Rasul.
Sifat-sifat parfa rasul itu ada yang wajib dan mustahil dan yang harus. Angtaranya ialah:
a. Wajib bagi rasul-rasul itu bersikap ”Siddiq” ertinya benar di dalam tutur kata dan tingkah laku. Mustahil baginya bersikap ”kazib” (dusta). Sebagai saeorang rasaul maka wajiblah dia bersifat benar kerana dengan bersifat benar itulah segala ajaran yang diterimanya daripada Allah dapat disampaikan kepada unmat manusia, tanpa disembunyikannya walau sedikit pun. Sekiranya rasul itu seoang pendusta sudah tentu dia tidak akan menyampaikan segala apa yang diwahyukan kepadanya. Maka adalah mustahil rasul bersifat pembohong kerana pembohong itu sudah tentu akan mencacatkan sifat kerasulannya.
b. Sifat kedua wajib bagi rasul ialah bersifat amanah dan mustahil para rasul itu bersifat khianat sama ada mengkhianati manusia atau mengkhianati Allah. Para rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya. Andaikan rasul itu bersifat khianat, mengikut perintah Tuhan, tidak menunaikan tanggunjawabnya, perintah-perintah Allah dikerjakan, maka pastilah Rasul yang sedemikian itu akan masuk ke dalam lembah kerendahan dan kehinaan. Ini sudah tentu tidak masuk akal sama sekali sifat seorang rasul lebih-lebih lagi mereka itu dilantik dan dipilih oleh Allah.
c. Sifat ketiga ialah rasul-rasul juga bersifat ”Tabligh” ertinya wajib menyampaikan apa yang telah diterima wahyu dari Allah s.w.t. Disampaikan segala ajaran Allah kepada seluruh manusia tanpa diembunyikan walau satu pun. Mustahil bagi rasul rasul itu bersifat meneyembunyikan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 67 ” :-
يَأ َيُّهَا الرَّسُولُ بَلـِّغْ مَـآ أ ُنْزِلَ إ ِلـَيْكَ مِن رِّبِّكَ.
“Wahai para rasul, sampaikanlah apa-apa yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu:. ( al-Maidah ayat 67)
d. Para rasul bersifat ”Fatanah” ertinya cerdik. Mustahil jika seseorang rasul itu bodoh dan lemah otaknya. Dia wajib memiliki kekutan berfikir dan kemampuan akal yang tinggi. Sebagai seorang rasul utusan Allah tentu mereka memiliki sifat kecerdasan yang tinggi dan daya fikir yang tajam bagi mengemukakan keterangan dan hujah yang jitu sehingga manusia dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikannya.
Selaian daripada itu para rasul adalah berasal daripada keturunan yang terhormat, mulia dan disegani oleh masyarakat. Bukannya daripada keturunan yang rendah dan hina atau keturunan anak zina dan hamba sahaya.Mereka mempunyai paras rupa dan bentuk badan yang sempurna tidak mempunyai kekurangan dan kecactan.
Sifat-Sifat Ja jaiziz Bagi Rasul.
Sifat Jaiz (harus) bagi rasul – Rasul dan nabi adalah manusia biasa, justeru itu mereka sama seperti kita. Mereka memiliki segala sifat kemanusiaan. Meraka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur, atau dijangkiti penyaki. Namun demikian segala sifat kemanusiaan yang mereka miliki itu tidaklah menjejaskan atau menjatuhkan taraf kenabian dan kerasulan mereka.
Jumlah Rasul-rasul.
Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi adalah banyak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu. Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul. Jumlah para rasul ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam.
Firman Alah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 164 :-
وَرُسًلًا قـَدْ قَصَصْنَهُمْ عَلـَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لـَّمْ
نَقْصُصْهُمْ عَلـَيْكَ.
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelummu (wahai Muhammad). Di antaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak ceritakan.”
(Surah an-Nisa’ ayat 164).
Nama-nam Rasul.
Nama Rasul para rasul yang mesti diketahui seperti yang tersebut di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 25 orang adalah seperti berikut:-
(1). Adam (ءادم)
(2). Idris ( إدريس)
(3) Noh(نوح)
(4) Hud (هود)
(5) Salleh(صالح)
(إبراهيم) (6) Irahim
(7) Lut (لوط)
(8) Ismail(أسمعيل)
(9) Ishak(إسحاق)
(10) Yaakub (يعقوب)
(11) Yusuf(يوسف)
(12) Ayub(أيوب)
(13)Syuib(شعيـب )
(14) Musa(مـوسى)
(15) Harun(هارون )
(16) Zulkifli (ذوالكفلى )
(17) Daud(داود)
(18) Sulaiman(سليمان)
(19) Ilias(إلـياس )
(20) Iliasak ( إلـيسع)
(21) Yunus(يـونٍس )
(22) Zakaria( زكريـا)
(23) Yahya(يـحـي )
(24) Isa( عـيـس )
(25) Muhammad s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
Ulul Azmi.
Ulul Azmi adalah daripada golongan rasul ada yang digelar “UlulAzmi”, ertinya orang yang mempunyai keteguhan semangat dan kekuatan mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan, pantang undur ke belakang walau setapak pun. Mereka ialah:
a. Muhammad s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
b. Irahim ابرحيم
c. Musa a.s.
(مـوسى)
d. Isa
( عـيـس)
e. Noh(نوح)
Keistemewaan Nabi Mhuhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya :
a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir. Tidak akan datang lagi nabi dan rasul sesudahnya. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al- Ahzab ayat 40 :-
مَـا كَـانَ مُحَمَّـدٌ أ بَـآ أ حَدٍ مِّن رِّجَالـِكُمْ وَلـَكِنَّ رَسُولَ
اللهِ وَخَاتـَمَ النَّـبِـيِّـنَ. ج.
”Nabi Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang daripada kamu
tetapi dia adalah seorang rasul Allah dan penyudah segala rasul
dan nanbi.” (Surah al-Ahzab: ayat 40).
b. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia. Ajaran syariatnya bersifat universal (sejagat) untuk semua bangsa, tanpa mengira bahasa dan tempat, sesuai untuk semua tempat dan zaman. Firman Allah s.w.t . dalam Surah al-Ambiya: ayat 107 :-
وماأرساناك إلارحمة لـلعلمين.
”Tidak Kami utuskan Engkau wahai Muhammad melainkan
menjadi rahmat seluruh alam.” ( Al-Anbiya; ayat 107).
c. Nabi Muhammad s.a.w. adalah semulia-mulia nabi dan rasul. Baginada adalah penghulu segala rasul dan nabi terakhir.
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلىَ بَعْضٍ مِّنْهُمْ مَّن كَلَّمَ اللهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَتٍ. ج.
“Kami lebihkan darjat kedudukan para rasul-rasul itu antara satu sama lain dengan beberapa darjat (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan digtinggikannya pangakat dengan beberapa darjat kelebihan.” (Surah al-Baqarah ayat 253.)
Sekian dahulu, diucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana melayari Bog ini, semoga anda Allah s.w.t. memberikan ganjaran di atas ketaqwaan anda itu.
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006)
--------------ooooooooooooo--------------
Akidah -Rukun Iman KE 2
”BERIMAN KEPADA MALAIKAT.”
Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah. Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib. Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa. Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah.
Firman Allah s.w.t. :-
بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ
وَهُمْ بِأ َ مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27)
“Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya. (Surah Al-Ambiya ayat 26-27).
Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :-
a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut
kehendaknya setelah mendapat keizinan Allah.
b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu
yang singkat.
c.. Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang
tidak dapat dilakukan oleh makhuk lain.
d. Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah. Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah.
e..Mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis.
Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui. Antara yang wajibh diketahui ialah :-
a.. Malaikat Jibril – (جبريل)
Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan
Wahyu kepada para rasul dan nabi.
b.. Malaikat Mikail – (ميكاءيل)
Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk, sama
ada manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain.
c.. Malaikat Izrail –( عزراءيل)
Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga
dipanggil Malaikat Maut.
d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل)
Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat
nanti.
e.. Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد)
Kedua-dua malaikat ini bertugsa mencatat amalan baik
dan jahat. Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari
cacatan kedua-dua malaikiat ini.
f.. Mungkar dan Nakir – منكر دان نكير))
Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan
Mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal
dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat
melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walau di
manapuan mereka mati.
g..Malaikat Malik – (مالك) Tugasnya menjaga neraka.
h..Malaikat Ridhwan –(رضوان) Tugasnya menjaga syurga.
Selain daripada itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9) yang bermaksud :-
“Para malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka”
“Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri meraka serta keturunn mereka. Sesungyuhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”
“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.”
(Surah Ghafir ayat 7 – 9)
Di dalam satu hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:-
“Pada setiap pagi seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa. Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah,” sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah
Berilah penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.”
Sebuah Hadis daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya bermaksud: -
”Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata:
”Tunggu dahulu”, lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.” (Hadis riwayat at-Tabrani ).
Berdasarkan kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat yang menulis segala amalannya. Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:-
(1). Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.
(2). Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan.
(3). Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan,
manakala yang di sebelah kiri menulis amalan kejahatan.
(4). Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan
hanya ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
(5). Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan
itu melainkan ditangguhkan selama enam hingg atujuh jam.
Sekiranya dia beristighfar memohon ampun kepada Allah atas
kejahatannya dalam tempoh tersebut, maka kejahatannya itu tidak
ditulis oleh malaikat.
Dalam hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:-
(1). Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang
Jumaat ke masjid.
(2). Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara
yang baik dan mengajar ehwal agama Islam.
(3). Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada
penuntut-penuntut dan mereka yang hadir ceramah ilmu agama.
(4). Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon
kebaikan untuk saudaranya dan juga sesama Islam.
(5). Ditugaskan memberi ilham kepada manusia.
(6). Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang
bukan musuhnya.
(7). Ada juga ditugaskan malaikat melaknati orang yang menyiksa
binatang.
(8). Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang yang menghina
sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga para ‘alim ‘ulama’ dan guru-
guru agama.
HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT.
(1). Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat,maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walauapaun di mana dia berada.
(3). Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catatan Raqib dan Atid.
(54)..Apabila seseorang itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat di dalam kuburnya semasa hidup di dunia ini dia tiak mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah. Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia selamata di alam kubur nanti.
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006)
--------------ooooooooooooo--------------
Akidah - Rukun Iman Yang Pewrtama (1)
AKIDAH - RUKUN IMAN (1)
Dalam ajaran Islam, akidah ialah iman atau kepercayaan. Sumbernya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Baginda pernah memberikan keterangan tentang erti iman di dalam suatu majlis brsama-sama sahabat ketika di datangi oleh Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah mengenai iman, Rasulullah s.a.w.menerangkan :
”Iman itu engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya serta hari akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya.”
Iman bererti :-
a. Percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
b. Segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
c. Perkara-perkara yang dimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.
Percaya secara mutlak kepada Allah ialah mebenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan peraturan-peraturannya. Kepercayaan yang mutlak itu hendaklah mengandungi tiga unsur penting iaitu :
a. Ikrar dibaca dengan lidah.
b. Ditasdiq (dibenarkan) dengan hati.
c. Dipraktikkan dengan anggota.
Abul Ala Maududi, seorang ulama, terkemuka pada abad ini menjelaskan hubungan antara iman dan Islam :-
”Hubungan antara Islam dan iman adalah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan.”
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, tenyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri daripada :-
a. Iman kepada Allah.
b. Iman kepada MalaikatNya.
c. Iman kepada KitabNya.
d. Iman kepada RasulNya.
e. Iman kepada Hari Akhirat.
f. Iman kepada Qada’ dan Qadar.
HURAI MENGENAI RUKUN IMAN.
1.. Rukun Iman yang pertama ialah Beriman Kepada Allah.
Keimanan kepada Allah merupakan asas pokok di dalam dasar keimanan seseorang. Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusuia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin, kerana dengan keyakinan betul dan benar, maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya. Al-Quran al-Karim sebagai sumber ajaran dan hukum Islam yang penting memberikan keterangan yang jelas mengenai keimanan kepada Allah, dengan mengenmukakan bukti-bukti yang jelas mengenai kewujudan yang Maha Esa itu. Firman Allah s.w.t. :-
قُلْ هُوَ اللهُ أ َحَدٌ (1) اَ للهُ الصَّمَدُ (2) لـَمْ يَلِدْ وَلـَمْ يُولـَدْ (3)
وَلـَمْ يَكن لـَّهُ كُفُوًا أ َحَدٌ (4)
“(1) Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu satu (2) Allah tempat sekalian makhluk bergantung (3) Tidak Dia beranak dan diperanakan (4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara atau seumpama denganNya.
(Surah al-Ikhlas : 14)
ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ لآ إِلـَهَ إ ِلَّاهُوَ. خَلـَقَ كُلِّ شَىْءٍ فَاعْبُدُوهُ.
“Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkian Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia.
(Surah Al-‘Am: ayat 102)
وَلـَءِـن سَأ َلـْتَهُمْ مَّنْ خَلـَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضَ لـَيَقُولـُنَّ
خَلـَقَهُنَّ الـْعَزِيزُ الـْعَلـِيمُ (9)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka (orang jahiliah), siapa yang menjadikan lagit dan bumi, nescaya mereka menjawab, bahawa yang menjadikan langit dan bumi itu ialah Allah YangMaha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah az-Zukhruf: ayat 9)
Orang Jahiliah mengakui akan adanya Allah tetapi nereka menyembah juga patung dan berhala. Kenapa mereka tidak menyemvah Allah, sepatutnya mereka menyembah Allah sebagai tuhan mereka.
Fenomena jahiliah ini masih kita dapati di dalam kehidupan moden hari ini. Masih ada golongan yang percaya dan menyembah patung-patung berhala, gunung-ganang, sungai, kubur dan kepercayaan kepada benda-benda yang di percayai keramat seperti keris-keris, tongkat, azimat dan sebagainya. Semuanya ini merupakan amalan syirik yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Islam memandang perbuatan syirik seperti itu sebagai suatu perbuatan yang hina dan bodoh. Bukankah manusia itu telah diciptakan pada martabat yang paling tinggi di kalangan makhluk-makhluk Allah yang lain. Dengan melakukan amalan syirik itu bererti dia telah menghina dan menjatuhkan darjat kemanusiannya.
Di dalam Al-Quran diterangkan dalil tentang keesaan dan kesempurnaan Allah s.w.t. yang lengkap di dalam surah Al-Baqarah ayat 255 :-
ا َللهُ لآ إ ِلـَهِ إ ِلا َّهُوَ. الـْحَيُّ الـْقَيُّومُ لآ تَأ ْ خُذُهُ سِنَة ٌ وَلآ نُوْمٌ لـَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الْأ َرْضِ. مَنْ ذَالـَّذِى يَـشْـفَعُ عِنْدَهُ إ ِلا َّ
بِإ ِذْنِهِ. يَعْلـَمُ مَابـَيْـنَ أ َيْدِيْهِـمْ وَمَا خَلـْفَهُـمْ. وَلآيُحِيْـطُوْنَ بِشَىْءٍ
مِّنْ عِلـْمِهِ إ ِلا َّبِمَا شَـآءَ. وَسِعَـكُرْسِـيُّـهُ السَّمَـوَاتِ وَالْأ َرْضَ.
وَلآيَـءُـودُهُ حِفْـظـُهُـمَا.وَهُـوَ الـْعَـلِىُّ الـْعَـظِـيمُ. (255)
”Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur, yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Siapa yang akan memohoan syafaat (pertolongan) di sisiNya kalau bukan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahaui suatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya). LuasNya kerusi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua alam langit dan bumi, dan Dialah Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
(Surah Al-Baqarah. ayat 255)
Ayat suci ini menjelaskan Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan berikut :-
1.. Dialah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah dan dipatuhi.
2.. Dialah sahaja Tuhan yag hidup scara mutlak terlepas
daripada pengertian hidup yang difahami oleh manusia.
3.. Dialah yang kekal selama-lamanya mengtadbirkan
sekalian makhluknya serta memberikannya segala-gala
yang diperlukan untuk keperluan hidup masing-masing.
4..Maha Suci Tuhan daripada rasa letih lesu, mengantuk
atau tidur.
5..Allah menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dengan
penguasaan mjutlak yang meliputi.
6..Allah bebas melakukan segala yang dikehendakiNya, tidak ada sesiapun
yang boleh mempersoalan hukumNya atau yang dapat menolak
keputusanNya atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan
dikehendaki –Nya sama ada dengan meminta syafaat atau pertolongan
atau mengemaukakan rayuan kecuali setelah Dia izinkan. Maka pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan, sesuai dengan keadaannya.
7.. Allah Maha Mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya meliputi segala apa yang sedang mereka hadapi daripada segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku, sebaliknhya mereka sendiri tidak mengetahui sesuatu pun daripada apa yang diketahui Allah Taala, kecuali apa yang Allah kehendaki mereka mengetahuinya.
8.. Allah, Dialah saja pemerintah Agong, kebesaranNya dan ilmu-ilmuNya meliputi langit dan bumi.
9..Allah, Dialah saja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan. Tidaklah menjadi keberatan atau kesukaran kepadaNya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan saegala yang ada pada kedua-dua alam itu.
10.. Allah, Dialah juga yang Maha Tinggi Kebesaran dan KemuliaanNya. Tidak ada yang mengatasiNya dan Dilah jua yang Maha Besar kekuasaanNya yang tidak ada bandinganNya.
Sekian dahulu, penulis akan sambung lagi mengenai Rukun ImanYang Kedua iaitu ”Beriman Kepada Malaikat” melaliui Blog ini dalam siaran akan datang.
Sehingga itu, penulis ucapkan...
Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh........!!
---------------------oooooooooooo---------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)