Tuesday, December 27, 2011

Menjadi Lelaki Yang Soleh






MENJADI LELAKI SOLEH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة فَلَايُجْزَى إِلَّامِثـْلَهَا. وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّنْ ذَكَر اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ وْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة يُرْزَقـُونَ فِيهَا
بِغَيْرِ حِسَابٍ. (المؤمين 40)


Bermakasud:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat 40)



Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti.

Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil”

”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat”

Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa.


Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.”



Kecintaan Pada Ibu.


Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu”

Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja. Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah.

Beriman dan Beramal Soleh.

Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang soleh.”
(Al-Ankabut ayat 9)


Mendoakan Kepada Ibu bapa.


Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi.

Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.)

Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa.


Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga” Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.”
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi”)


Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka.




Melunasi Hutang Ibu Bapa.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?” Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar”

Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:-

”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?” Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?” bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi”
(HR Bukhari)


Belaian Mesra Ketika Mereka Tua


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:

”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23)

Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud”

”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.”
(Al-Ahqaf ayat 15)

Lelaki Soleh Sebagai Suami

Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu:

a. Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada.




b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak
lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya.


c. Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas.

d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya.

e. Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka.

f. Saling tolong Menolong antara Suami Isteri
Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)

----------------------oooooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment