Monday, December 26, 2011
Akidah- Rukun Iman Ketiga (3)
Rukun Iman Ketiga – Iman Kepada Rasul.
Beriman kepada para rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang Ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Allah Adam a.s. dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Walau bagaimanapun, antara rasul dan nabi ada perbezaannya. Rasul diutuskan kepada seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja. Semua rasul adalah nabi, tetapi tidak sebaliknya. Rasul ini masing-masing mempunyai mukjizat tersendiri yang di kurniakan oleh Allah bagi menguatkan pengakuan sebagai rasul dan nabi. Namun demikian masih ada manusia yang enggan dan tidak mahu mengakui kerasulan dan kenabian ini.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Fatir ayat 24 dab 25 :-
إِنـَّآ أَرْسَلـْنَاكَ بِالـْحَقِّ بَشِيرًاوَنَذِيرًا ج وَإِن ْ مِّنْ أ ُمَّةٍ إِلاَّ خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ (24) وَإِنْ يُكَذِّبُوْكَ فَقـَدْكَذّ َبَ الـَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ جَـآءَتْهُمْ رُسُلـُهُمْ بِالـْبَيـِّنَتش وَبِالزَّبُرِوَ بِالـْكِتـَبِ الـْمُنِيرِ (
25)
Bermaksud:
”Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar, sebagai pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kerpada orang yang engkar dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah diutusakan seorang rasul bagi memberi ingatan dan amaran kepada mereka”
”Dan jika mereka yang kafir itu mendustakannya, maka yang demikian itu tidaklah menjadi masalah kerana sesungguhnya orang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan para rasul masing-masing. Mereka telah diutuskan rasul bagi memberi keterangan-keterangan yang nyata dan disertai dengan kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta kitab (syariat) yang terang jelas. (Surah Fatir ayat 24 dan 25).
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 1:-
الـَـر ج كِـتـَبٌ أَنْزَلـْنَهُ إِلـَيْكَ لـِتُخْرِجَ الـنـَّاسَ مِنَ الظُّلـُمَتَ إِلىَ النـُّورِ بِـاءِذْنِ رَبِّهِمْ إِلىَ صَرَطِ الـْعَزِيرِ الـْحَمِيدِ. (1)
Bermaksuds: “Aliff, Lam, Raa, inilah kitab (al-Quran) kami turunkan kepadamu, wahai Muhammad dengan itu engkau dapat mengeluarkan umat manusia daripada gelap gelita (kebodohan/kufur) kepada terang-benderang (iman) dengan izin tuhan mereka, ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji” (Surah Ibrahim ayat 1)
Dalamn Surah Ibrahim ayat 4 juga, Firman Allah :-
وَمَا أَرْسَلـْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قـَوْمِهِ لـِيـُبـَيـِّنَ لـَهُمْ ج فَيُضِلُّ اللهُ مَنْ يَشَآءُ وَيَهْدِى مَنْ يَشَآءُ ج وَهُوَ الـْعَزِيْزُ الـْحَكِيمُ. (4)
”Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) juga memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ibrahim: ayat 4).
Semua rasul-rasul telah meaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik iaitu menyampaikan kepada umat masing-masing amanah Allah. Rasul-rasul itu mengajar mereka bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Kuasa bahawa Allahlah yang mengatur masyarakat manusia dengan syariat yang betul supaya mereka dapat hidup di dunia ini dengan rukun dan damai serta aman makmur, bahawa Allah menghendaki tiap-tiap orang berakhlak mulia dan berbudi luhur. Semuanya itu dengan tujuan bagi mengwujudkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Sifat-Sifat Rasul.
Sifat-sifat parfa rasul itu ada yang wajib dan mustahil dan yang harus. Angtaranya ialah:
a. Wajib bagi rasul-rasul itu bersikap ”Siddiq” ertinya benar di dalam tutur kata dan tingkah laku. Mustahil baginya bersikap ”kazib” (dusta). Sebagai saeorang rasaul maka wajiblah dia bersifat benar kerana dengan bersifat benar itulah segala ajaran yang diterimanya daripada Allah dapat disampaikan kepada unmat manusia, tanpa disembunyikannya walau sedikit pun. Sekiranya rasul itu seoang pendusta sudah tentu dia tidak akan menyampaikan segala apa yang diwahyukan kepadanya. Maka adalah mustahil rasul bersifat pembohong kerana pembohong itu sudah tentu akan mencacatkan sifat kerasulannya.
b. Sifat kedua wajib bagi rasul ialah bersifat amanah dan mustahil para rasul itu bersifat khianat sama ada mengkhianati manusia atau mengkhianati Allah. Para rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya. Andaikan rasul itu bersifat khianat, mengikut perintah Tuhan, tidak menunaikan tanggunjawabnya, perintah-perintah Allah dikerjakan, maka pastilah Rasul yang sedemikian itu akan masuk ke dalam lembah kerendahan dan kehinaan. Ini sudah tentu tidak masuk akal sama sekali sifat seorang rasul lebih-lebih lagi mereka itu dilantik dan dipilih oleh Allah.
c. Sifat ketiga ialah rasul-rasul juga bersifat ”Tabligh” ertinya wajib menyampaikan apa yang telah diterima wahyu dari Allah s.w.t. Disampaikan segala ajaran Allah kepada seluruh manusia tanpa diembunyikan walau satu pun. Mustahil bagi rasul rasul itu bersifat meneyembunyikan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 67 ” :-
يَأ َيُّهَا الرَّسُولُ بَلـِّغْ مَـآ أ ُنْزِلَ إ ِلـَيْكَ مِن رِّبِّكَ.
“Wahai para rasul, sampaikanlah apa-apa yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu:. ( al-Maidah ayat 67)
d. Para rasul bersifat ”Fatanah” ertinya cerdik. Mustahil jika seseorang rasul itu bodoh dan lemah otaknya. Dia wajib memiliki kekutan berfikir dan kemampuan akal yang tinggi. Sebagai seorang rasul utusan Allah tentu mereka memiliki sifat kecerdasan yang tinggi dan daya fikir yang tajam bagi mengemukakan keterangan dan hujah yang jitu sehingga manusia dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikannya.
Selaian daripada itu para rasul adalah berasal daripada keturunan yang terhormat, mulia dan disegani oleh masyarakat. Bukannya daripada keturunan yang rendah dan hina atau keturunan anak zina dan hamba sahaya.Mereka mempunyai paras rupa dan bentuk badan yang sempurna tidak mempunyai kekurangan dan kecactan.
Sifat-Sifat Ja jaiziz Bagi Rasul.
Sifat Jaiz (harus) bagi rasul – Rasul dan nabi adalah manusia biasa, justeru itu mereka sama seperti kita. Mereka memiliki segala sifat kemanusiaan. Meraka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur, atau dijangkiti penyaki. Namun demikian segala sifat kemanusiaan yang mereka miliki itu tidaklah menjejaskan atau menjatuhkan taraf kenabian dan kerasulan mereka.
Jumlah Rasul-rasul.
Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi adalah banyak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu. Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul. Jumlah para rasul ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam.
Firman Alah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 164 :-
وَرُسًلًا قـَدْ قَصَصْنَهُمْ عَلـَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لـَّمْ
نَقْصُصْهُمْ عَلـَيْكَ.
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelummu (wahai Muhammad). Di antaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak ceritakan.”
(Surah an-Nisa’ ayat 164).
Nama-nam Rasul.
Nama Rasul para rasul yang mesti diketahui seperti yang tersebut di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 25 orang adalah seperti berikut:-
(1). Adam (ءادم)
(2). Idris ( إدريس)
(3) Noh(نوح)
(4) Hud (هود)
(5) Salleh(صالح)
(إبراهيم) (6) Irahim
(7) Lut (لوط)
(8) Ismail(أسمعيل)
(9) Ishak(إسحاق)
(10) Yaakub (يعقوب)
(11) Yusuf(يوسف)
(12) Ayub(أيوب)
(13)Syuib(شعيـب )
(14) Musa(مـوسى)
(15) Harun(هارون )
(16) Zulkifli (ذوالكفلى )
(17) Daud(داود)
(18) Sulaiman(سليمان)
(19) Ilias(إلـياس )
(20) Iliasak ( إلـيسع)
(21) Yunus(يـونٍس )
(22) Zakaria( زكريـا)
(23) Yahya(يـحـي )
(24) Isa( عـيـس )
(25) Muhammad s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
Ulul Azmi.
Ulul Azmi adalah daripada golongan rasul ada yang digelar “UlulAzmi”, ertinya orang yang mempunyai keteguhan semangat dan kekuatan mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan, pantang undur ke belakang walau setapak pun. Mereka ialah:
a. Muhammad s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
b. Irahim ابرحيم
c. Musa a.s.
(مـوسى)
d. Isa
( عـيـس)
e. Noh(نوح)
Keistemewaan Nabi Mhuhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya :
a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir. Tidak akan datang lagi nabi dan rasul sesudahnya. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al- Ahzab ayat 40 :-
مَـا كَـانَ مُحَمَّـدٌ أ بَـآ أ حَدٍ مِّن رِّجَالـِكُمْ وَلـَكِنَّ رَسُولَ
اللهِ وَخَاتـَمَ النَّـبِـيِّـنَ. ج.
”Nabi Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang daripada kamu
tetapi dia adalah seorang rasul Allah dan penyudah segala rasul
dan nanbi.” (Surah al-Ahzab: ayat 40).
b. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia. Ajaran syariatnya bersifat universal (sejagat) untuk semua bangsa, tanpa mengira bahasa dan tempat, sesuai untuk semua tempat dan zaman. Firman Allah s.w.t . dalam Surah al-Ambiya: ayat 107 :-
وماأرساناك إلارحمة لـلعلمين.
”Tidak Kami utuskan Engkau wahai Muhammad melainkan
menjadi rahmat seluruh alam.” ( Al-Anbiya; ayat 107).
c. Nabi Muhammad s.a.w. adalah semulia-mulia nabi dan rasul. Baginada adalah penghulu segala rasul dan nabi terakhir.
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلىَ بَعْضٍ مِّنْهُمْ مَّن كَلَّمَ اللهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَتٍ. ج.
“Kami lebihkan darjat kedudukan para rasul-rasul itu antara satu sama lain dengan beberapa darjat (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan digtinggikannya pangakat dengan beberapa darjat kelebihan.” (Surah al-Baqarah ayat 253.)
Sekian dahulu, diucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana melayari Bog ini, semoga anda Allah s.w.t. memberikan ganjaran di atas ketaqwaan anda itu.
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006)
--------------ooooooooooooo--------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment