RUKUN IMAN YANG KE 5.
BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini .
---------------------------------
Rukun Iman Ke 5. Beriman dengan Hari Akhirat.
1.. Pengertian beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari akhirat secara ijmaknya ialah beriman dengan segala apa yang dilkhabarkan (diceritakan) oleh Allah s.w.t. dalam kitab-Nya dan segala apa yang dikhabar oleh Rasul-Nya daripda apa yang akan berlaku selepas mati dan di alam kubur, azab dan nikmatnya, kebangkitan semula, pengumpulan manusia di padang Mahsyar, pembahagian suratan amalan, hisab dan timbang segala amalan, kolam, titian, syafaah, syurga, neraka dan apa-apa yang disediakan oleh Allah untuk ahli syurga dan neraka.
2... Kewajipan beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari Akhirat salah satu dari rukun iman yang enam perkara itu. Sesiapa yang mengingkari dan tidak mempercayai akan adanya Hari Akhirat dan mempercayaai rukun-rukun iman yang lain maka dia bukanlah seorang yang beriman atau bukanlah dia seorang Islam yang sahih.
Firman Allahg s.w.t. :
يَأ َايَّهَاالـَّذِ ينَ ءَامَنُواءَامَنُوابِاللهِ وَرَسُولـِهِ وَالـْكِتَبِ الـَّذِى نَزَّلَ عَلىَ رَسُولـِهِ وَالـْكِتـَبِ الـَّذِى أ َنَّزَلَ مِنْ قَبَلُ ج وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ وَرَسُلِهِ وَالـْيَوْمِ الْأ َخِرِ فـَقَدْ ضَلَّ ضَلَا بَعـِيد ًا. (النســاء 136)
”Wahai orang-orang yang beriman, percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan Kitab (al-Quran) yang diturunkan ke atas Rasul-Nya dan kitab yang diturun sebelumnya. Dan barangsiapa yang kufur (ingkar) dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia sesat sebagai sesat yang jauh.
(An-Nisa; ayat 136)
Rasulullah s.a.w apabila Jibril bertanya tentang iman maka baginda menjawab:
أ َنْ تـُؤْ مِنُ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ وَرَسُلِهِ واليوم الأخرِ وَتُؤْ
مِنُ بِالـْقَدْرِهِ وَشَرِّهِ. (رواه البخارى ومسلم)
“Bahawa engkau beriman dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat. Dan engkau beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
3.. Nama-nama Hari Akhirat.
Al-Quran menamakan Hari Akhirat dengan berbagai-bagai nama yang diambil dari perisitwa-peristiwa yang berlaku pada hari itu. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Yawm al-Bath – Hari Kebangkitan kerana manusia yang telah mati dibangkit semula dengan ruh dan jasad.
b. Yawm al-Khuruj – Hari Keluar kerana manusia keluar dari kubur mereka untuk kehidupan yang lain.
c. Yawm al Qiyamah – Hari Kiamat kerana berdirinya semua manusia pada hari itu untuk dikira amalan mererka.
d. Yaum al-Din – Hari pembalasan kerana semua manusia akan menerima balasan atas segala amalan mereka.
e. Yawm al-Fasl – Hari Penyelesaian kerana penyelesaian antara manusia dilakukan dengan penuh keadilan.
f. Yawm al-Jam’l – Hari berhimpun kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk dihisab.
g. Yawm al-Hasyr – Hari Berkumpul kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk dihisab.
h. Yawm al-Hisab – Hari Pengiraan kerana pada hari itu kiraan dilakukan ke atas segala amalan manusia di dunia ini.
i. Yawm al-Waid – Hari Janji kerana janji jahat dilaksanakan pada hari itu.
j. Yawm al-Hasrah – Hari Penyelesalan kerana orang-orang kafir dan penderhaka menyesal pada hari itu.
k. Yawm al-Khulud – Hari Kekal kerana hidup pada hari itu kekal selama-lamanya.
l. Selain dari nama-nama tersebut banyak lagi nama yang lain yang dirasakan tak perlu disebut semuanya disini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh dirujuk kepada ”Kitab al-’Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha” oleh Abdul Rahman Hasan Hanabbakah al Maidani, halaman 628-629.
4.. Al-Sa’ah Waktunya Dan alamat-Alamatnya.
a. Kehidupan akhirat tidak akan berlaku kecuali setelah berakhir dan musnah semua alam dan kehidupan dunia ini. Al-Quran menamakan waktu kemusnahan dan berakhir alam ini dengan nama ”al-Sa’ah” iaitu waktu yang ditentukan pada ilmu Allah untuk mengakhiri alam dan kehidupan dunia ini. Ianya berlaku selepas tiupan sangkakla pertama.
b. Al-Quran menggambarkan al-Sa’ah sebagai hari kemusanahan alam dunia ini seluruhnya dan diganti dengan alam yang lainj. Antaranya firman Allah s.w.t. :
اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ(1) وَإِذَا الـْكَوَاكِبُ انـْتـَثَـَرَت ْ (2)
وَإِذَا الـْبِحَارُفُجِّرَتْ(3) وَإِذَا الـْقُبُورُبُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ
نـَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَ َخَّرَتْ.(5)
(سورة الفترة 1 – 5)
“Apabila langit berbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila laut pecah bercampur baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan (setelah semuanya itu berlaku) mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan.” (Al-Infitar ayat 1 – 5).
Fitrman Allah s.w.t. lagi di alam al-Quran Surah al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud:
“(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti lambaran surat catitan, sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” (al-Anbiya ayat 104)
5..Bilakah Waktu kejadian al-Sa’ah?
Al-Sa’ah antara perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui waktunya kecuali Allah s.w.t. seperti firman Allah s.aw.t. di dalam Surah al-A’raf ayat 187 yang artinya :
“Mereka bertanya kepadamu (Hai Muhammad) tentang al-Sa’ah bilakah datangnya? Katakanlah : Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia (Allah). (Huru- hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.
(Surah al-A’raf ayat 187)
6.. Alamat-Alamat Al-Sa’ah.
Alamat-alamat al-Sa’ah bermaksud perkara-perkara yang berlaku sebelum terjadinya al-Sa’ah dan Hari Kiamat itu boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu alamat-alamat kecil dan alamat-alamat bersar.
7.. Akamat-Alamat Kecil ialah:
a. Kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. –baginda bersabda: Bermaksud: “Di antara aku dibangkit dan kejadian al-Sa’ah seperti dua jatri ini –iaitu baginga menunjukkan jatri telunjukdengan jari tengah).” (H.R. Bukhari dan Muslim).
.
b. Hadis daripada Annas r.a. bermaksud ;”Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ; ”Sesungguhnya diantara alamat al-Sa’ah ialah diangkat ilmu Islam. banyak kejahilan, banyak kemungkaran zina dan minum arak, kurang bilangan lelaki dan banyak bilangan perempuan sehingga nisbah bagi lima puluh orang perempuan bagi seorang lelaki.” (H.R. Bukhari dan Muslim).\
c. Menurut sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata : “Sementara Rasulullah s.a.w. berbicara, tiba-tiba datamg seorang ‘Arabi dan bertanya : “Bilakah akan berlaku al-Sa’ah ya Rasulullah? Rasulullah pun menjawab ; ”Apabila dihilangkan amanah, maka tuggulah masa al-Sa’ah. Dia bertanya lagi: Bagaimana hilangnya amanah itu.? Baginda menjawab ; ”Apabila diserahkan pemerintahan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni yang tidak ada kelayakkan), maka tunggulah al-Sa’ah.” (H.R. Bukhari ).
d. Antara alamat hampir kiamat, atau al_Sa’ah, apabila keadaan terbalik seperti anak-anak menderhaka pada ibu bapa dan merhambakan ibu-ibu mereka dan orang-orang dahulunya papa kedana telah menjadi kaya raya.
e. Malaikat Jibril bertanya Rasulullah s.a.w. tentang al-Sa’ah, katanya : (bermaksud). ”Ceritalah krepada ku (hai Muhammad) tentang al-Sa’h. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : “Tidakkah orang yang bertanya lebih mengetahui daripada orang yang kena Tanya. Jibril bertanya lagi : “Ceritakan kepadaku alamat-alamatnya.? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bahawa hamba-hamba telah memperanakkan hasil dari tuannya, dan engkau dapat lihat orang yang berkaki ayam, yang tak berpakaian, yang papa kedana, yang mrenjadi gembala kambing dapat membina bangunan-bangunan yang tunggi. (H.R. Bukhari)
f. Selain dari perkara di atas itu ada banyak lagi yang lain yang menyatakan keadaan dan masyarakat di akhir zaman yang penuh dengan huru hara, kemusnahan, kemungkaran dan kemaksiatan.
8..Alamat-alamat Besar Al-Sa’ah danHari Kiamat.
Terdapat satu hadis yang menyatakan sepuluh perkara yang merupakan alamat-alamat besar tentang hampirnya Kiamat dan al-Sa’ah, maksudya hadis tersebut: -
“Nabi s.a.w menjengok kami semasa kami sedang berbincang dan bermuzakarah, lalu baginda berkata: “Apakah yang kamu bincang dan bermuzakarah? Mereka menjawab. “Kami bermuzakarah mengenai al-Sa’ah” baginda s.a.w. berkata: “Sesungguhnya al-Sa’ah tidak akan berlaku kecuali setelah kamu melihat sepuluh tanda dan alamat sebelumnya.” Maka baginda menyebut Keluar Asap, Dajjal, Keluar Binatang Dabbah, Naik matahari dari barat, Turun Isa a.s., Keluar Ya’juj dan Ma’juj, berlaku tiga Gerhana iaitu Gerhana di timur, Gerhana di barat dan Gerhana di Semenenjung Arab dan akhir sekali Keluar api dari Yaman yang menolak manusia ke tempat perhimpunan mereka.”
(H.R. Muslim, Abu Daud, At-Termidzi dan Ibn Majjah)
9..Keterangan Mengenai 10 Alamat Kiamat dan al-Sa’ah.
a. (1). Keluar asap atau debu.
b. (2). Keluar Dajjal
c. (3). Keluar binatang dabbah
d. (4). Naik matahari sebelah Barat.
e. (5). Turun Nabi Isa a.s. ke dunia.
f. (6). Keluar Ya’juj danMa’juj.
g. (7). Gerhana matahari di sebelah timur.
h. (8). Gerhana matahari di sebelah barat.
i. (9). Gerhana matahari di Semenanjung Arab.
j. (10). Keluar api dari Yaman yang menolak manusia di tempat
perhimpunan mereka.
10.. Keterangan lanjut mengenai Har Kiamat.
a. Permulaan Hari Akhir.
b. Alam Barzakh.
c. Kebangkitan semula orang yang telah mati.
d. Pengumpulan Semula Makhluk
e. Pembalasan Segala Amalan.
f. Soalan Mizan (pertimbangan).
g. Meneganai Soal-Jawab di Akhirat
h. Kitab Catatan amalan dan Penyaksian Anggota badan.
i. Kitab Catatan Segala Amalan
j. Penyaksian Anggota-Anggota badan.
k. Al-Haudh (Kolam air di Syurga)
l. Sirot (Titian)
m. Syurga dan Neraka.
n. Sifat Syurga dan Neraka.
(Bersambung lagi)
Penjelasasn.
Penjelasan dari perkara (para) 10 di atas akan di terangkan kemudian.
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin Universiti Malaya Semester 6, Kos IUD 603 – AKIDAH, oleh Ustaz Abdul Aziz Awang Kechik – tahun 2007).
--------------------------
Penutup.
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment