Friday, December 23, 2011

AMALAN PERGAULAN DALAM ISLAM


AMALAN PERGAULAN MENURUT ISLAM.

Agama Islam mengundangi ajaran pokok mengatur hubungan antara sesama mansia. Di antaranya tentang sikap seseorang terhadap orang lain dalam pergaulan sehari-hari. Baik dalam Al-Quran mahupun dalam hadis Nabi terdapat banyak ketentuan yang merupakan etika atau adab yang harus diterapkan dalam pergaulan. Ada yang bersifat perintah (suruhan) dan ada pula yang bersifat larangan. Setiap ketentuan yang bersifat larangan itu mengandungi unsur-unsur yang dapat mencipta harmoni dan ketenteraman antara hububngan itu.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Hujarat ayat 11 :-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

يـَأ َيَّهَالـَّذِينَءَامَنُوْا لآيَسْخَرْقـَوْمٌ مِّنْ قـَوْمٍ عـَـسَ أ نْ يَكـُونـُوْا خَـيْرًامِّنْهُمْ وَلآنِسَاءٍ مِّنْ نِسَآءٍ مِّنْ نِسَـآءٍعَـسَ أ نْ يَكـُنَّ خـَيْرًا مِّنْهُنَّ ج وَلآ تَلـْمِزُوْا أ نـْفـُسَكـُمْ وِلَا تَنَا بِزُوْا بِا لْأ َلـْقَبِ ج بِـءْـسَ لْاِسْمُ الـْفُسُوقُ بَعْدَا لْإِيْمـَنِ ج وَمَنْ لـَّمْ يَتـُبْ فـَأ ولـَءِـكَ هـُمُ الظَّلـِمُونَ (11)

”Wahai orang-orang yang beriman.! Janganlah satu kaum merendahkan satu kaum yang lain, boleh jadi keadaan mereka yang direndahkan itu lebih baik daripada mereka yang merendahkan. Jangan pula sekumpulan kaum perempuan merendahkan sekumpulan perempuan yang lain, boleh jadi keadaan mereka lebih baik lagi. Janganlah kamu suka mencela sesama kamu dan jangan pula memanggil seseorang dengan gelaran (yang mengandungi ejekan). Berlaku jahat (fasiq) sesudah beriman, itulah nama yang amat buruk. Barangsiapa yang tidak bertaubat, mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(Al-Quran Surah Al-Hujrat ayat 11)
Pada ayat yang tersebut tadi dijelaskan tiga perkara yang harus dipelihara dalam pergaulan yang merupakan norma-norma etika hidup manusia:-

a. Jangan Merendahkan diri orang lain.

Dalam pergaulan sehari-hari, seringkali seseorang merendahkan diri orang lain, atau sekurang-kurangnya merendahkan maruah mereka, melecehkan mereka, dengan memperlihatkan sikap memperolok-olok atau mengeluarkan kata-kata yang bernada sinis, atau mengandungi ejekan. Ukuran yang kerapkali dipakai dalam mengambil sikap-sikap yang demikian ialah pandangan-pandangan dan nilai-nilai lahiriah. Umpamanya seorang yang kaya yang kuat meanggap sepi terhadap orang yang lemah atau miskin, seorang yang berpelajaran tinggi memandang rendah terhadap seorang yang kurang berpelajaran, seorang yang mempunyai rumah besar tersergam memandang rendan kepada seorang yang berumah kecil dan buruk, seorang yang berkereta besar dan mewah memandang rendan kepada seorang yang hanya mempunya sebuah motosikal sahaja dan sebagainya.

Setiap orang yang mempunyai kekurangan-kekurangan mungkin dalam hal atau bidang yang lain dia ada kelebihannya pula, sebagaimana setiap orang yang mempunyai keutamaan-keutamaan pasti dia ada kelemahannya. Oleh sebab itulah pada penggal pertama ayat Al-Quran tadi memberikan petunjuk kepada orang Mukmin supaya jangan merendahkan antara satu sama lain. Ketentuan yang demikian yang berlaku pada terhadap kaum wanita sesamanya, apa lagi kaum perempuan pada umumnya lebih beremosi dan sensetif, gemar memberi ”nilai” atau komen terhadap sesamanya dalam pergaulan.

Pada ayat itu ditegaskan bahawa adakalanya seseorang yang dipandang rendah itu, pada hakikatnnya adalah lebih tinggi dan mulia. Misalnya seorang mempunyai kelulusan ijazah tinggi ia lebih rendah dirinya daripada seorang kurang berpelajaran kerana ia tidak tahu dan boleh menyembelih seekor kerbau yang hendak di buat korban dan terpaksa meminta tolong dengan orang lain pula. Seorang yang mempunyai rumah besar tetapi hatinya sentiasa gusar kerana hutang rumahnya masih belum langsai, berbanding dengan seorang yang berumah kecil tetapi hatinya riang sahaja kerana tiada apa- apa hutang yang ditanggungnya, dan begitulah seterusnya.

b. Saling mencela.

Etika kedua yang harus dijagai ialah jangan saling mencela. Maksudnya janganlah membukakan keaiban atau keburukan antara satu sama lain. Ada sebahagian orang suka membuka rahsia dan membentangkan keaiban orang lain dan suka mengkeritik pula, pada halnya tidak ada keuntungan baginya. Hal ini adalah termasuk salah satu penyakit rohaniah yang perlu disembuhkan. Pada umumnya ’aib atau cacat-cela manusia itu ada dua macam. Pertama berkenaan dengan fizikal, kedua yang bersangkutan dengan soal-soal budi pekerti atau akhlak peribadi masing-masing.
c. Janganlah Memanggil Gelaran Yang Bernada Ejekan.

Kita dapati masyarakat kita selalu mengamalkan pemanggilan dengan gelaran dalam pergaulan sehari-harian mereka, walaupun seorang itu mempunyai nama yang asal yang diberikan oleh ibu bapanya, tetapi dalam pergaulan selalu dipanggil gelarannya. Biasanya gelaran itu diambil dari keadaan bentuk, pembawaan atau sifat-sifat yang bersangkutan dan biasanya dilihat dari sudut yang buruk, kadangh-kadang ada seorang sampai mepunyai lebih satu gelaran. Motif membetri gelaran itu didasarkan kepada unsur-unsur jahat atau tifdak baiki, maka selalu menimbulkan kekecohan dan sehingga menjadi perkelahian.

Dengan itu mulai hari ini jika kita tergolong dan bersifat demikian, maka hendaklah kita elak berbuat demikian, kerana kita terjatuh dalam golongan orang-orang berdosa yang tersembunyi kerana melanggar larangan Allah s.w.t.

Sekian dahulu,moga-moga dengan Siaran ini akan dapat manfaat bagi serkalian pembaca Blog ini.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!


--------------------oooooooooooo-------------------------

No comments:

Post a Comment