Monday, December 26, 2011

Bersifat takutkan Allah



Apakah maksud dan faedahnya Khaup atau Khusyiyah .?


Jawapan.

Khaup atau Khusyiyah itu berarti takut, yaitu takutkan Allah yakni menjaga atau memeliharakan dirinya daripada barang yang dilarang oleh Tuhan supaya kita tidak melakukannya.

Maka faedahnya atau takutkan Tuhan itu ada empat perkara :-
a. Dikurniakan baginya taufiq (pertunjuk) yang memudahkan akan dia kepada berbuat taat akan suruhan Allah s.w.t.

b. Dikurniakan baginya rahmat seperti Firman Allah s.w.t.:

هـُدَى وَرَحْمَة ً لـِلـَّذِيْنَ هُمْ لـِرَبِّهِمْ يَرْهَبُوْنَ.
Artinya: “Pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang takut bagi
Tuhan mereka itu.”

c. Dikurniakan ilmu seperti Firman Allah s.w.t.:

إِنَّمـَا يَخـْشَى اللهَ مِنْ عـِبــَادِهِ الـْعـُلمَاءُ.
Artinya: “Sesungguhnya yang takutkan Allah itu yaitu orang yang
berilmu daripada hambanya (sekalian hambanya yang berilmu)”.

c. Mendapat keredaan Tuhannya seperti Firman Alah sa.w.t. :

عَنْهُمْ وَرَضُوْا عـَنْهُ ذَلـِكَ لـِمَنْ خَشِيَ رَبـَّـهُ.

Ertinya: “Telah redha Allah daripada mereka itu dan redha
mereka itu daripadanya yaitu mereka yang takut akan
Tuhannya.”

d. Orang Mukmin yang sempurna imannya. Firman Asllah s.w.t. :-


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ

عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ

يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ

مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

• Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah dan mulia.
Iman mereka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia.
(Al-anfal ayat 2-4)

(Rujukan: Kitab Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang m.s 319, tahun 1965.)
Sekian dahulu dalam bab ini, dan akan disambung semula dalam masa terdekat nanti.

Wassala mualaikum.......




---------------------------------oooooooooooo-------------------------------------

Bertaqwa pada Allah









Perihal Taqwa.

Firman Allah s.w.t. :
يَأ َيـُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُّقـَاتِهِ, وَلَا تـَمُوْتـُنَّ إِلَّا وَأ َنـْتـُمْ مُسْلـِمُوْن . وَاعْتـَصِمُوْا بِحَبـْلِ اللهِ جـَمِيـْعًا وَلَا تـَفـَرَّقـُوْا, وَاذ كـُرُوا نِعـْمَتَ اللهِ عـَلـَيـِكـُمْ إِذ كـُنـْتـُمْ أ عـْدَاءَ فـَأ لفَ بـَيـْنَ قـُلـُوْبِكـُمْ فـَأ صِبَحـْتـُمْ بِنـِعْمَتـِهِ إِخْوَانـًا, وَكـُـنـْتـُمْ عـَلىَ شـَفـَا حـُفـْرَةٍ مِنَ النـِّارِ فـَأ نـْقـَذ كـُمْ مِنـْهـَا, كـَذ لـِكَ يـُبـَيـِّنُ اللهُ لـَكُمْ آيـَاتِهِ لـَعـَلـَّكـُمْ تـَهـْتد وْنَ. وَلـْتَكـُنْ مِنـْكـُمْ أ مَّة يـَدْعـُوْنَ إِلىَ الـْخَيـْرِ, وَيَأ ْمـُرُوْن بِالـْمـَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْنَ عـَنِ الـْمُنـْكـَرِ, وَأ وْلـَءِـكَ هُمُ الـْمُفْـلِحُونَ. وَلَاتـَكُوْنـُوْا كـَالـَّذِيْنَ تـَفـَرَّقـُوْا وَاخْتـَلـَفـُوْا مِنْ بِعـْدِ مَا جَاءَهـُمُ الـْبـَيـِّنَاتُ, وَأ وْلـَـءِـكَ لـَهُمْ عـَذَابٌ عـَظِيْم .
( آل عمران 105-102)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, seungguh taqwa. Danjanganlah sampaikamu mati,melainkan do da;lam Is;lam yang sebenarnya. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Asllah dan janganlah berpecah be;lah, ingatlah kurnia Allah atas kamu, ketika kamu dahulu beremusuh-musuhan,lalu di peerteguhkannya hatikamu (dalam agama Allah, ingatlah kurnia Allah atas mu, sehingga dengankjurnia Allah itu,kamju menjadi ber5saudara.

Kamu dahulu berada diterpi lubang nderaka, lalu dise;amatkan kamu daripadanya. Begitu Allah menjelaskan keterangan-keterangannya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yangbenar. Adakanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, penyuruh mengerjalan yang benar danmelarangf dari membuat yangsalah, mereka itulah orang-orang yang beruntyung. Danjanganlah kamu menjadi serupa denmgan orang-oranmg yang telah beerprecah belah dan berseliaseh faham sesudah datang kepadanya bunti-bukti yang terang. Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh siksa yang dahsyat.
(Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 102-105).

Firman Allah s.w.t. lagi:

يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ آمـَنُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُقـَاتـِهِ.
(ال عمران: 102)
“Wahai orang-orang yang beriman..! bertaqwalah kepada Allah sesungguh tawqa.” (Ali-Imran: 102)
Firman Allah s.w.t. lagi:

وَلـَقـَدْ وَصَّيـْنـَا الـَّذِيْنَ أ ُوْتـُوْا الـْكِتـَابَ مـِنْ قـَبْلـِكـُمْ
وَإِيـَّاكـُمْ أ َنِ اتـَّقـُوْا اللهَ.
(النساء: 131)
“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah.”
(An-Nisa’: ayat 131)

Firman Allah s.w.t. lagi:
وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَاعـْلـَمـُوْا أ َنَّ اللهَ مـَعَ الـْمـُتـَّقـِيْنَ.
(البقرة: 194)
“Bertaqwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan.”
(Al-Baqarah ayat 194)

Firman Allah lagi:
وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَيـَعـْلـَمـُكـُمُ الله ُ.
(ألبقرة: 282)
“Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu.” (Al-Baqarah: 282)

Firman Allah s.w.t. lagi:
يَأ َيـُّهـَا الـَّذِيـْنَ آمـَنـُوْا إِنْ تـَتـَّقـُوْا اللهَ يـَجـْعـَلَ لـَكـُمْ فـُرْ قـَانـًا وَيـُك كـَـفـِّرْ عـَنـْكـُمْ سـَيـِّـءِـا تـِكـُمْ وَيـَغـْفـِرْ لـَكـُمْ,وَاللهُ ذ ُوْ الـْفـَضْلِ الـْعـَظـِيـْم ِ.
(الأنفل 29)
“Wahai orang-orang yang beriman…! Kiranya kamu takut kepada Allah, niscaya Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeza (antara yang benar dengan yang salah) dan dihapuskannyalah kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni kamu dan Allah mempunyai kelebihjan yangbesar.”
(Al-Infal ayat 29)

Firman Allah lagi :
وَيـُنـَجـِّيْ اللهُ الـَّذِيـْنَ اتـَّقـُوْا بـِمـَفـَازَتـِهـِمْ لَا يـَمَسـُّهُمُ السـّوْءُ وَلَاهـُمْ يـَخـْزَنـُوْنَ. (الزمر: 61)
“Dan Tuhan menyelamatkan orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan (orang-orang yang bertaqwa) ke tempat keberuntungan, mereka tiada disinggung oleh keburukan dan mereka tiada berdukacita.” (Al-Zamar: 61)

Firman Allah s.w.t. lagi :
وَمـَنْ يـَـتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـَخـْرَجـَا.
وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيـْثُ لَا يـَحـْتـَسِبُ
(الطلاق: 3-2)
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahnya dan menjauhi larangannya (niscaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki kepadanya dari sumber yang tiada diduga” (At-Talaq: 2 – 3)

Firman Allah lagi:
وَمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـِنْ أ َمـْرِهِ يـُسـْرًا.
(الطلاق: 4)
“Dan sesiapa bertaqwa (takut) kepada Allah, niscaya Allah akan memudahkan segala urusannya. (At-Talaq: 4)

Firman Allah s.w.t. lagi :
وًمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـُكـَفـِّرْ عـَنـْهُ سـَيِّـءـَآ تـِهِ
وِيـُعـْظِـمُ لـَه ُ أ َجـْرًا (الطلاق: 5)
Kesimpulan:

Allah s.w.t. telah menjanjikan kemuliaan di sisiNya dengan taqwa,bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan taqwa iytu Sllah danRasulNya terlah menjanjikan berbagai-bagai kerbaikan dan kebahagian, darjat dan kebajikan, kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan. Semuanya itu agak terlalu panjang jika mahu diceritakan di sini, dan terlalu sukar mahu di hitung.
Madahku:

Mengenal Tuhan tetapi membelakangiNya.
Bukankah bencana celaka namanya.
Segala bencana dalam mentaati Tuhan.
Tak akan membahayakan jika dapat ditahan.
Kemuliaan haqiqi mentaqwakan Tuhan.

Sekian dahulu, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal ini dalam masa yang terderkat nanti.
Wassala mualaikum........

--------------ooooooooo-------------

Amar Makruf Nahi Munkar


Amar Makruf Dan Nahi Munkar.

1.. Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia hendaklah berbudi pekerti yang baik.

2.. Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.

3.. Warak maksudnya: ia mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

4.. Berbudi pekertyi yang baik maksudnya: seberapa nboleh biarlah dia bersikap lemahlembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidaksabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang berlaku.

5..Kemunkaran dalam masjid.

Ketahuilah bahawasanya kemunkaran itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram. Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala berdiam diri atas kemunkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan haram. Tetapi jika kita katakan bahawa itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram, yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada hal kita berkuasa untuk mencegahnya.

a. Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah perlakuan sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja. Ini adalah suatu kemunkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan secara diplomasi. Sebab sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.

b. Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan. Tajwid dan sebagai lagi. Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.

c. Kemunkaran yang selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.

d. Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.

e. Terdapat juga kemunkaran berlaku apabila hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan masjid. Ini juga hendaklah di tegahkan.

f. Terdapat juga kemunkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian.

g. Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf yang sama. Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.

h. Terdapat juga ada golongan insan yang bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang bertugas.

i. Terdapat juga ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya. Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu akan sedemikian itu.

j. Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi iamam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.

k. Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.

Kita akan dapati banyak lagi kemunkaran-kemunkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu sama-samalah kita memberi nasihat agar kemunkaran seperti itu tidak berpanjangan lagi.

Sekian dahulu dalam hal kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa terdekt.

Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh...!


--------------------------------

Mengasihi ibu bapa

MENGASIHI IUBU BAPA – 239

Ibu Bapa adalah tapak permulaan kehidupan seseorang. Mereka berdualah dengan izin Allah SWT menjadi pemudah cara kepada kelahiran kita di dunia ini.

Ibu Bapa sentiasa memberikan segala yang termampu dan kadangkala di luar kemampuan mereka demi untuk keselesaan anak-anak. Tidak hairanlah mengapa setiap insan mesti dan wajib menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka.

Seseorang itu mestilah sentiasa menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka sama ada ketika mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia.

Mengasihi dan menghormati ibu bapa boleh digambarkan seperti berikut:

a. Sentiasa bertutur dengan suara yang lemah lembut, bermuka manis dan penuh kemesraan.

b. Sentiasa meminta izin mereka ketika hendak meninggalkan rumah atau sewaktu hendak melakukan sesuatu.

c. Sentiasa berlaku sopan-santun di hadapan mereka dan tidak tertawa berdekah-dekah.

d. Sentiasa memberi tumpuan kepada mereka terutama ketika mereka memberi nasihat atau pandangan

Apabila setiap orang menghormati serta mengasihi ibu bapa, dengan sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Sekian dahulu dalam perkara ini dan semua yang berkenaan hendaklah mematuhi nasihat tesebut sermoga Allah SWT akan mengurniakan rahmat bahagia, selamat sejahtera dan aman makmur, Amin...!

Wassala mualaikum.......


-----------------oooooooooooo----------------

Friday, December 23, 2011

AMALAN PERGAULAN DALAM ISLAM


AMALAN PERGAULAN MENURUT ISLAM.

Agama Islam mengundangi ajaran pokok mengatur hubungan antara sesama mansia. Di antaranya tentang sikap seseorang terhadap orang lain dalam pergaulan sehari-hari. Baik dalam Al-Quran mahupun dalam hadis Nabi terdapat banyak ketentuan yang merupakan etika atau adab yang harus diterapkan dalam pergaulan. Ada yang bersifat perintah (suruhan) dan ada pula yang bersifat larangan. Setiap ketentuan yang bersifat larangan itu mengandungi unsur-unsur yang dapat mencipta harmoni dan ketenteraman antara hububngan itu.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Hujarat ayat 11 :-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

يـَأ َيَّهَالـَّذِينَءَامَنُوْا لآيَسْخَرْقـَوْمٌ مِّنْ قـَوْمٍ عـَـسَ أ نْ يَكـُونـُوْا خَـيْرًامِّنْهُمْ وَلآنِسَاءٍ مِّنْ نِسَآءٍ مِّنْ نِسَـآءٍعَـسَ أ نْ يَكـُنَّ خـَيْرًا مِّنْهُنَّ ج وَلآ تَلـْمِزُوْا أ نـْفـُسَكـُمْ وِلَا تَنَا بِزُوْا بِا لْأ َلـْقَبِ ج بِـءْـسَ لْاِسْمُ الـْفُسُوقُ بَعْدَا لْإِيْمـَنِ ج وَمَنْ لـَّمْ يَتـُبْ فـَأ ولـَءِـكَ هـُمُ الظَّلـِمُونَ (11)

”Wahai orang-orang yang beriman.! Janganlah satu kaum merendahkan satu kaum yang lain, boleh jadi keadaan mereka yang direndahkan itu lebih baik daripada mereka yang merendahkan. Jangan pula sekumpulan kaum perempuan merendahkan sekumpulan perempuan yang lain, boleh jadi keadaan mereka lebih baik lagi. Janganlah kamu suka mencela sesama kamu dan jangan pula memanggil seseorang dengan gelaran (yang mengandungi ejekan). Berlaku jahat (fasiq) sesudah beriman, itulah nama yang amat buruk. Barangsiapa yang tidak bertaubat, mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(Al-Quran Surah Al-Hujrat ayat 11)
Pada ayat yang tersebut tadi dijelaskan tiga perkara yang harus dipelihara dalam pergaulan yang merupakan norma-norma etika hidup manusia:-

a. Jangan Merendahkan diri orang lain.

Dalam pergaulan sehari-hari, seringkali seseorang merendahkan diri orang lain, atau sekurang-kurangnya merendahkan maruah mereka, melecehkan mereka, dengan memperlihatkan sikap memperolok-olok atau mengeluarkan kata-kata yang bernada sinis, atau mengandungi ejekan. Ukuran yang kerapkali dipakai dalam mengambil sikap-sikap yang demikian ialah pandangan-pandangan dan nilai-nilai lahiriah. Umpamanya seorang yang kaya yang kuat meanggap sepi terhadap orang yang lemah atau miskin, seorang yang berpelajaran tinggi memandang rendah terhadap seorang yang kurang berpelajaran, seorang yang mempunyai rumah besar tersergam memandang rendan kepada seorang yang berumah kecil dan buruk, seorang yang berkereta besar dan mewah memandang rendan kepada seorang yang hanya mempunya sebuah motosikal sahaja dan sebagainya.

Setiap orang yang mempunyai kekurangan-kekurangan mungkin dalam hal atau bidang yang lain dia ada kelebihannya pula, sebagaimana setiap orang yang mempunyai keutamaan-keutamaan pasti dia ada kelemahannya. Oleh sebab itulah pada penggal pertama ayat Al-Quran tadi memberikan petunjuk kepada orang Mukmin supaya jangan merendahkan antara satu sama lain. Ketentuan yang demikian yang berlaku pada terhadap kaum wanita sesamanya, apa lagi kaum perempuan pada umumnya lebih beremosi dan sensetif, gemar memberi ”nilai” atau komen terhadap sesamanya dalam pergaulan.

Pada ayat itu ditegaskan bahawa adakalanya seseorang yang dipandang rendah itu, pada hakikatnnya adalah lebih tinggi dan mulia. Misalnya seorang mempunyai kelulusan ijazah tinggi ia lebih rendah dirinya daripada seorang kurang berpelajaran kerana ia tidak tahu dan boleh menyembelih seekor kerbau yang hendak di buat korban dan terpaksa meminta tolong dengan orang lain pula. Seorang yang mempunyai rumah besar tetapi hatinya sentiasa gusar kerana hutang rumahnya masih belum langsai, berbanding dengan seorang yang berumah kecil tetapi hatinya riang sahaja kerana tiada apa- apa hutang yang ditanggungnya, dan begitulah seterusnya.

b. Saling mencela.

Etika kedua yang harus dijagai ialah jangan saling mencela. Maksudnya janganlah membukakan keaiban atau keburukan antara satu sama lain. Ada sebahagian orang suka membuka rahsia dan membentangkan keaiban orang lain dan suka mengkeritik pula, pada halnya tidak ada keuntungan baginya. Hal ini adalah termasuk salah satu penyakit rohaniah yang perlu disembuhkan. Pada umumnya ’aib atau cacat-cela manusia itu ada dua macam. Pertama berkenaan dengan fizikal, kedua yang bersangkutan dengan soal-soal budi pekerti atau akhlak peribadi masing-masing.
c. Janganlah Memanggil Gelaran Yang Bernada Ejekan.

Kita dapati masyarakat kita selalu mengamalkan pemanggilan dengan gelaran dalam pergaulan sehari-harian mereka, walaupun seorang itu mempunyai nama yang asal yang diberikan oleh ibu bapanya, tetapi dalam pergaulan selalu dipanggil gelarannya. Biasanya gelaran itu diambil dari keadaan bentuk, pembawaan atau sifat-sifat yang bersangkutan dan biasanya dilihat dari sudut yang buruk, kadangh-kadang ada seorang sampai mepunyai lebih satu gelaran. Motif membetri gelaran itu didasarkan kepada unsur-unsur jahat atau tifdak baiki, maka selalu menimbulkan kekecohan dan sehingga menjadi perkelahian.

Dengan itu mulai hari ini jika kita tergolong dan bersifat demikian, maka hendaklah kita elak berbuat demikian, kerana kita terjatuh dalam golongan orang-orang berdosa yang tersembunyi kerana melanggar larangan Allah s.w.t.

Sekian dahulu,moga-moga dengan Siaran ini akan dapat manfaat bagi serkalian pembaca Blog ini.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!


--------------------oooooooooooo-------------------------

Akidah Islam



AKIDAH ISLAM.

1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi. (nota ms 3 A)

2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama. (nota ms 4 B))

3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.
(nota ms 4 C)

4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya. (nota ms 5 D)

5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia. (nota ms E)



Masalah 231.

Apakah Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lain.?


Jawapan.

1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”

وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه ِشَيـْـءـًـا.

Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()(nota ms 6 F)

2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan. Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)

3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3. (nota ms 12 H’)

إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإ ِنـَّا كـَفـُو ْر ًا.

Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)




Masalah 232.

Apakah yang dinamakan al-Husna itu. Minta tuan terangkan.?

Jawapan.

1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)

2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.

3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)


4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi dan Allah tidak memberitahu kepada kita.

5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah bilangnan, Nama-namaNya dan PengertianNya

1. Allah - Nama bagi Zat Allah

2. Al-Rahman - Yang memberi nikmat-nikmat besar

3.Al-Rahim - Yang memberoinikmat kecil

4. Al-Malik - Yang memerintah mengikut kehendakNya

5. Al-Quddus -Yang membersih dari segala keaiban dan kekurangan.

6. Al-salam -Yang mententeramkan makhluk Nya

7. Al-Mukmin -Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya

8. Al-Muhaimin - Yang menguasai.

9. Al-Aziz - Yang Berkuasa (menang).

11. Al-Mutakabbir -Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan.


12.Al-haliq - Yang mencipta segala makhluk.


13. Al-Bari - Yang mencipta segala bernyawa dan mengadakan ada yang telah ada asalnya.

14. Al-Musawwir - Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu


15. Al-Ghaffar - Yang sangat mengampun dosa.


16. Al-Qahhar - Yang sangat keras.

17. Al-Wahhab - Yang sentiasa membreri.

18. Al-Razzaq - Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya.

19. Al-Fattah - Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya.

20. Al-Alim - Yang mengetahui segala sesuatu

21. Al-Qabit - Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada sesiapa yng dikehendakki nya.

22. Al-Basir - Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.


23. Al-Hafid - Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah.

24. Al-Rafi - Yang mengangkat orang orang yang berhak diangkat.

25. Al-Muizz - Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya.

26. Al-Muzill’ - Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya.

27. Al-Samii’ - Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar.

28. Al-Basir - Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat.

29. Al-Hakam - Yang memutus hukum yang tidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya.

30. Al-Adl - Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya.

(Akan disambung lagi hingga Nama ke 99)....


Masalah 233.


Mohon tuan huraikan kejadian dan tabiat malaikat dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiatan dengan kehidupan manusia di dunia. (

Jawapan.

Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan aal-Sunnah.

Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman. Firman Allah s.w.t.:’-

ا من الرسول بما أنل الله من ربه والمؤن كل
آمن بالله وملاكته وكتبه ورسوله لانفرق
لانفرق بين أحد من رسله.

“Rasulullah percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga) orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya.”


Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-

a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana
sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:

Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
(H.R. Muslim dan Ahmad)

b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang berada bersama Baginda.

c…Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya. .Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu siaoa dia yang bertanya itu. Umar memjawab :

“Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril dating kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah sepenuhnya. Tidak petnah menderhaka

d.. Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.

e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-

(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul.

(2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi tugas Mengambil nyawa.

(3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan hujan.

(4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala.

(5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu Syurga.


(6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga pintu neraka.

(7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaskan untuk menulis amal kebajika.

Kesimpulan.

1. Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).
2. Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghaib.


Masalah 234.


Mohon tuan Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia.

Jawapan.

Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia

Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.

Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-

“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).


Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-


Firman Allah swt yang Bermaksud:-

“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)


Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)

Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.

Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)

Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-

“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).

Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.

Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.

Sekian dahukjl dalam hal ini, dan akan di sambung lagi dalam masa akan datang. Insya Allah....



------------------------------------oooooooooooooooo---------------------------

Sejarah Nabi Muhammad saw





SIRAH RASULLULLAH S.A.W.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.(Al-Ahzab(33); ayat 56)

Nama dan Keturunan.

1. Muhammad bin Abdullah bin ‘Abd-Muttalib (nama sebenarnya ialah Syaybah) bin Hashim (nama sebenarnya ialah Amru) bin ‘Abdu Manaf (nama sebenarnya ialah al-Mughirah ) bin Qusay (nama sebenarnya ialah Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Kaa’ab bin Ma’ad bin ‘Adnan.

2. Keluarga Nabi s.a.w. dikenali sebagai keluarga Hashimiy iaitu dinisbahkan kepada datuk baginda Hashm bin ‘Abdu Manaf. Hashim ialah orang yang telah bertanggungjawab mengendalikan urusan siqayah (minuman haji) dan rifadah (makanan jemaah haji) yang diserahkana kepada Bni ‘Abd Manaf, ketika diadakan persafahaman antara Bani ‘Abdu Manaf dengan Bani ‘Abd al-Dar untuk membahagi-bahagikan jawatan di antara sesama mereka. Hashim ialah seorang yang senang dan sangat dihormati. Dialah orang yang pertama memberi makan thaarid (bubur roti) kepada jemaah haji di Mekah.(2)

3. Nabi Muhammad s.a.w. anak ‘Abdullah bin Abd- Muttalib, ibunya Aminah binti Wahab dari kalangan suku Quriasy yang terpandang mulia di masa itu. ‘Abudullah (Ayah Nabi) meninggal dunia ketika Nabi sedang dikandung ibunya di waktu itu masih dalam kandungan kira-kira enam bulan. ‘Abdullah bin ‘Abdu-Muttalib tidak meninggalkan harta benda yang banyak yang akan diwarisi oleh puteranya, hanya beliau meninggalkan beberapa ekor unta sahaja.

4. Sungguhpun Nabi s.a.w. dilahirkan dalam keadaan yatim di tengah-tengah masyarakat jahiliyah, tida ada guru yang mendidik dan mengajar beliau, untuk memberitahukan kepadanya manakah yang baik dan yang buruk, yang bermanfaat dan mudharat dan mana yang haram dan yang halal, dan sebagainya, tetapi beliau terpelihara dari perbuatan jahiliyah, musyrik dan sebaginya. Siapakah yang memberikan hidayat dan petunjuk kepdanya? Allah s.w.t. yang berkuasa dalam segala-galanya, yang menjadikan langit dan bumi beserta isinya.(4)


5. Daripada salasilah keturunan orang-orang Arab itu kita dapat iktibar bagaimana mereka mengingati nama-nama keturunan mereka sehingga berpuluh-puluh orang keturanan nenek moyang mereka terdahulu hingga kepada mereka masa kini. Dengan ini memudahkan pertalian hidup dan perkenalan kekeluargaan. Dengan demikian tali sollaturrahim akan berkekalan diantara kelurag mereka.

6. Bagi kita orang-orang Melayu amatlah malap sekali kerana sudah dua keturunan telah pun dilupai. Dengan itu talian persahabatan keturunan tidak begitu baik kerana mereka tidak mengingati siapakah antara satu sama lain. Ada kesahnya berlaku pergaduhan antara sesama keluarga yang terdekat akaibat tidak kenal antara satu sama lain

7. Tujuh Tahun kemudian.
Nabi s.a.w. dilahirklan di penempatan Bani Hashim di Mekah pada pagi hari Isnin 12 Rabi’ulawal tahun pertama peristiwa tahun gajah dan empat puluh tahun setelah berlalunya pemerintahan Kisra Anosyarawan. Ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 (Masehi) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganilisis ahli falak iaitu Mahamud Basya.(3)

8..Seorang raja namanya Najasyi yang beragama Nasrani telah membina Gereja besar di ibukota Yaman. Beliau membangun Gereja itu bermaksud untuk meruntuh Ka’abah agar orang-orang jangan berziarah ke Ka’abah, tetapi hendaklah berpindah ke Gereja yang dibuatnya. Ia megirimkan pasukan tentera Gajah untuk menghancurkan Ka’abah.


9.. Pembesar-pembesar Mekah, termasuk ‘Abdulmuthalib tidak berdaya melawan musuh-musuh yang akan menghancurkan Kaa’bah itu, kerana Raja mempunyai tentera yang gagah dengan alat senjata yang cukup. Mereka hanya berserah kepada Tuhan yang mempunyai Ka’abah dan mereka pun beredar keluar kota Mekah untuk mencari perlindungan. Mereka memohon kepada Tuhan agar Tuhan memberi pertolongan memelihara Ka’abah itu.


10.. Diwaktu rombongan raja itu hampir sampai Mekah maka dengan kekuasaan Allah s.w.t. datanglah burung Ababil dan menghujani melempar kaum kafir dengan batu yang kecil-kecil dan panas dan mengenai tentera Gajah itu, maka jadilah mereka terbakar laksana daun kayu dimalkan ulat.(4)



11.. Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Asuhan Datuknya.

Datuknya bernama ‘Abdulmutalib (ayah ‘Abdullah) sangatlah sayang pada cucunya. Di waltu dia mula-mula mendengar bahawa cucunya telah lahir, bukan main suka hatinya, dan diberinya nama “Muhammad”artinya orang yang dipuji. Allah s.w.t. telah memberikan nama dengan nama “Ahmad” artinya orang yang lebih terpuji, sebagaimana termaktub dalam Al-Quran Surah Shaf ayat 6:

“Artinya: “Ingatlah ketika berkata Nabi ‘Isa anak Maryam. ”Ya Bani Israil! Sesungguhnya aku utusan Allah kepada mu, membenarkan bagi apa yang antara hadapan mu dan aku memberi khabar suka dengan kedatangan Rasul yang datang sesudahku nanti, yang bernama Ahmad. Maka tatkala datang Nabi Muhammad membawa keterangan yang nyata, mereka berkara: “Ini adalah sihir yang nyata.”


12.. Kita boleh mengambil iktibar dengan keadaan ini bahawa jika terdapat ada anak-anak yatim yang mahu berlindung dengan kita, janganlah kita merasa bakhil untuk menerimanya, kerana itu adalah salah satu daripada ujian dari Allah yang ingin melihat keadaan iman kita. Insya Allah Tuhan akan memberi atau menambahkan rezeki pada kita dengan sebab perasaan kita yang belas kasihan

13.. Sewaktu Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam (Syria) maka Muhammad yang sewaktu itu ianya berumur 12 tahun dibawa bersama-samanya. Perniagaan Abu Talib mendapat untung berlipat ganda setelah Nabi berada bersama-sama mereka. Allah mencucuri rezeki dan rahmat kepada hambanya yang sabar dan bersifat belas kasihan terhadap anak yatim.(6)


14..Siti Khadijaha adalah seorang janda kaya terkenal dalam kalangan Quraisy. Siti Khadijah meminta keluarga Nabi membawa barang-barangnya untuk diperdagangkan di negeri Syam. Abu Talib bersetuju dan Nabi yang akan membawa barang-barng itu ke Syam. Setelah beberapa lama, dan Siti Khadijah berusia 40 tahun, satu perbezaanyang yang sekembalinya Nabi dari perjalanan berdagang ke Negeri Sym. Siti Khadijah melamar supaya nabi sudi menjadi suaminya. (7)


15.. Setelah berfikir panjang maka Nabi pun bersetuju menerima permohonan itu. Ketika itu Nabi berusia 25 tahun. Kita boleh mengambil iktibar dengan peristiwa ini bahawa jodoh seseorang itu adalah ditentukan Tuhan. Oleh itu tidak perlu memilih sangat untuk menerima lamaran berkahwin, hanya persetujuan dari keluarga dan diri sendiri yang sepatutnya dipertimbangkan.

16..Diwaktu kira-kira Nabi berumur 35 tahun, terjadilah kerusakan Ka’abah. Maka Ka’abah itupun diperbaiki dan setelah selesai perbaikannya, timbul persoalan siapakah yang berhak meletakkan batu Hajarul Aswad ke tempatnya semula, kerana batu itu terlepas dari tempat asalnya.

17..Persoalan meleakkan batu ini, hampir mendatangkan keributan besar dan untunglah di kalangan mereka ada seorang tua yang menasihati yang bunyinya: “Janganlah tuan-tuan bertengkar dan berebutan tentang meletakkan batu Hajarul Aswad, nanti mendatangkan hal-hal yang tak baik.

18..Menurut hemat sya, cari sahajalah seorang hakim yang akan memutuskan perkara ini dan menurut pendapat saya orang yang akan diangkat menjadi hakim itu, ialah orang yang mula-mula sekali masuk ke dalam Masjdil Haram di pagi hari.”

19..Nasihat orang tua itu diterima baik dan mereka ingin melihat siapakah gerangannya orang yang mula-mula masuk ke dalam Masjidil Haram dipagi hatri itu.? Keesokan harinya, di dapati orang yang mula-mula masuk ke Masjid itu ialah Muhammad bin Abdullah dan mereka acukan soal ini, supaya mengadili, dan menunjukkan jalan yang sebaik-baiknya tentang persoalan meletakkan batu Hitam itu agar jangan terjadi pertengkaran dan perselisihan.

20..Nabi Muhammad s.a.w. pun mengambil sehelai kain, maka dibentang kain itu, dan disuruhnya orang-orang kenanamaan itu memengangnya, masing-masing pada setiap sudutnya, lalu diangkatkannya bersama-sama.


21..Dengan tangan beliau sendirilah diletakkan batu Hajratul Asawad itu ke atas kain, kemudian di angkatkanlah bersama-sama. Setelah sampai hampir tempat asalnya, Nabi pula yang meletakkan batu itu ke tempatnya semula

22..Dengan cara ini, berakhirlah perselisihan orang Quraisy itu dan mereka merasa besenang hati atas keputusan yang diambil dan dilaksanakan oleh Muhammad itu, kerana masing-masing merasa dia orang mulia yang telah ikut mengangkat batu yang mulia itu. Maka semenjak itu, orang-orang Quraisy menggelar Muhammad dengan “Al-Amin”, iaitu Muhammad yang dipercayai.(8)

23.. Muhammad di angkat Allah s.w.t. menjadi rasaul ketika berumur 40 tahun.
Permulaan wahyu yang diturunlkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi-mimpi yang baik semasa tidur,. Baginda tidak bermimpi melainkan mimpi itu sangat jelas. Kemudan timbul keinginan baginda untuk bersendirian. Lalu baginda bersendirian di Gua Hira’: beribadat di dalamnya beberapa malam sebelum kembali kepada isterinya mengambil bekal. Setelah habis bekal, baginda kembali semula kepada Khadijah dan mengambil bekal semula seperti sebelumnya.

24..Akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika baginda sedang berada di dalam Gua Hira’ Malaikat Jibril datang kepadanya dan berkata “Bacalah wahai Muhammad”. Rasulullah berkata “Aku tidak tahu membaca” Lalu Jibril memeluk sehingga aku merasa sengat sesak, kemudian dilepaskannya aku sambil berkata. “Bacalah wahai Muhammad”. Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dipeluknya aku kemudian dilepaskan, seraya berkata lagi “Bacalah wahai Muhammad dan Aku menjawab “Aku tidak Tahu membaca” kemudian barulah dajarkannya kepada Nabi surat Iqra’sampai Nabi hafal surah Al-Alaq ayat 1 higa 5 seperti terjemahannya berikut:-.

• اِقـْرَأ ْ بـِاسْم ِ رَبـِكَ الـَّذِى خـَلـَقَ. (1)
خـَلـَقَ ا ْلا ِنـْسَانَ مـِن ْعـَلـَقِ. (2)
ا ِقـْرأ ْ وَرَبـَكَ ْلا َكـْرَم ُ.(3)
ا َلـَّذِى عـَلـَّمَ بـِا لـقـَلـَمُ.(4)
عـَلـَّم َ اْلاِنـْسَانَ مَا لـَمْ يـَعـْـَلمُ.(5)

Sekian dahulu secara ringhkas di kali ini, maka penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat nanti. Insya alah…





-----------------------oooooooooooo-------------------