Tuesday, December 27, 2011

MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.










MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.


Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah SWT kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk mengabdi kepada-Nya.

Mengabdi bererti menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah SWT. Ia juga dapat diertikan sebagai tidak dan patuh kepada semua titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya.

Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah SWT sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menikmati pemberian Allah SWT dalam pelbagai berbentuk dan cara. Malahan kewujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurni Allah SWT.

Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada "Khalik" yang mencvipta bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk.

Dengan lain perkataan insan sedemikian boloehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antar laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdiabn seseorang kepada Allah SWT termasuklah:

a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabdikan dan
beribadah kepada Allah SWT bukan terhad kepadaa sembahyabg, zakat, puasa,
haji, jihad, tahlil, zikir, tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek
kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai
ibadah sekiranya perbhuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas
kerana Allah SWT dan dilakukan menghikut luns-lunas yang ditentukan
oleh syariat.

b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terumama
dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.

c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi Allah SWT kepada
sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan panca indera
untyuk melihat,mendengar, mencium, merasa dan menyentuh sesuatu yang
disukai Allah SWT.

d. Sentiasa bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-
badan kabajikan seperti rumah anak yatim, fakir , miskin dan sebagainya.
Disamping itu harta yang dikurniakan itu dugunakan untuk membangunkan
masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat krpada
ummah.

e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak
manusia kepada jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka menyedari
bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah SWT.

f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan, umpamanya
kenderaan yanhg selesa untuk melawat dan pergi ke tempat-tempat
yang disukai Allah SWT. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke
masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laian-lain.

g. Sentiasa menyakini hukum dan segala keputusan Allah SWT sahaja yang maha
benar.

Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagi sepanjang masa. Di samping iut, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa diredhai oleh Allah SWT.

Sekian dahulu dan penulis akan kembali dalam mas yang terdedat.

Wassala mualaikum.................


-----------------------oooooooooooooo----------------------

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا الـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (
3)

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.


Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan
segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


Memberi harta dan wang ringgit atas jalan kebajikan.

قَالَ تَعَالىَ : فـَأ مَّا مَنْ أ عْطَ وَاتـَّـقىَ (5) وَصَدَّقَ بـِا لـْحُسْنىَ

(6) فـَسَنـُيـَسِّرُهُ لـِلـْيُسْرىَ. (7)

Firman Allah Taala.

“Maka adapun mereka yang memberi hartanya atas jalan kebajikan, dan takut ia akan Tuhannya, dan percaya atau yakin ia bahawasanya Allah s.w.t. akan memberi balasannya, maka ialah yang beroleh kesenangan.”

Sabda Rasulullah s.a.w. _

وَقـَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ :لَا حَسَـدَ إِلا َّفِى اثْـنَـتـَيْـنِ,َرجُلٍ آتـَاهُ مَالا فَسَلـَّطَهُ عَلىَ هَلـَكَتِهِ فِى الـْحَقِّ
وَرَجُلٍ آتـَاه ُاللهُ حِكـْمَة فَهُوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلـِّمُهَا.

(رواه الشيخان)

Dan Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak harus tamak, melainkan pada dua perkara (1) Lelaki yang diberi oleh Allah s.w.t. akan harta, maka di habis hartanya itu pada apa saja yang kebajikan (2) Lelaki yang diberi akannya ilmu buat mengajar ia dengannya.”
(Hadis Riwayat Asy-Syakhan)

Sekian dahulu untuk renungan.


وَالسَّلاَمُ عَلـَيْكـُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبـَرَكـَتُـهُ.


-----------------------------ooooooo-----------------

Manusia itu dalam kerugian.....!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا الـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan

segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


Memberi harta dan wang ringgit atas jalan kebajikan.

قَالَ تَعَالىَ : فـَأ مَّا مَنْ أ عْطَ وَاتـَّـقىَ (5) وَصَدَّقَ بـِا لـْحُسْنىَ

(6) فـَسَنـُيـَسِّرُهُ لـِلـْيُسْرىَ. (7)

Firman Allah Taala.

“Maka adapun mereka yang memberi hartanya atas jalan kebajikan, dan takut ia akan Tuhannya, dan percaya atau yakin ia bahawasanya Allah s.w.t. akan memberi balasannya, maka ialah yang beroleh kesenangan.”

Sabda Rasulullah s.a.w. _

وَقـَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ :لَا حَسَـدَ إِلا َّفِى اثْـنَـتـَيْـنِ,َرجُلٍ آتـَاهُ مَالا فَسَلـَّطَهُ عَلىَ هَلـَكَتِهِ فِى الـْحَقِّ
وَرَجُلٍ آتـَاه ُاللهُ حِكـْمَة فَهُوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلـِّمُهَا.

(رواه الشيخان)

Dan Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak harus tamak, melainkan pada dua perkara (1) Lelaki yang diberi oleh Allah s.w.t. akan harta, maka di habis hartanya itu pada apa saja yang kebajikan (2) Lelaki yang diberi akannya ilmu buat mengajar ia dengannya.”
(Hadis Riwayat Asy-Syakhan)

Sekian dahulu untuk renungan.

وَالسَّلاَمُ عَلـَيْكـُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبـَرَكـَتُـهُ.



------------------------------------ooooooo--

Beramal Dengan Kebaikian dan Meninggalkan Kejahatan.





.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.



Beramal Dengan Kebaikian dan Meninggalkan Kejahatan.


Allah s.w.t. sentiasa mengajak manusia supaya hidup dalam kehidupan yang aman tenteram, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Kehidupan yang aman tenteram itu dinamakan Darussalam, iaitau salah satu daripada lapan nama-nama syurga (Darussalam di sebut dalam al-Quran Surah Al-’Am ayat 127).

لـَهُمْ دَارَالسَّلـَمِ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَهـُوَ وَلـُّيُهُمْ بِمَا كـَانُوْ يَعْمَلـُوْنَ.
(سوره الأنعم اية 127)
“Untuk mereka itu kampung keselamatan (syurga) di sisi Tuhan dan Dia wali mereka, kerana amalan yang mereka perbuat.”

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah Yunus ayat 26 dan 27:

لـِّلـَّذِينَ أ َحْسَنُوا الـْحُسْنىَ وَزِيَادَةٌ ج وَلَا يَرْ هَقُ وُجُوهَهُمْ قـَتَرٌ
وَلَاذِلـَّة ُ ج أ ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنَّةِ ج هُمْ فِيهَا خَلِدُونَ (26)
وَلـَّذِينَ كـَسَبُوا السِّيـءَـاتِ جَزَآءُ سَيـِّءَـةِ بِمِثـْلِهَا وَتَرْهَقُهُمْ ذِلـَّة ج
مَّا لـَهُمْ مِّنَ اللهِ مِنْ عَا صِمٍ ج كـَأ َنـَّمَآ أ ُغـْشِيَتْ وُجُوهُهُمْ قِطَعًا مِّنَ الـَّيْـلِ مُظـْلِمًا ج أ ُولـَ~ءِـكَ أ َصْحَبَ النـَّارِ ج هـُمْ فـِيهَـا خـَلِدُونَ. (27).

Ayat 26. Untuk orang-orang yang memperbuat kebajikan, ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.

Ayat 27. Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, balasan kejahatan itu dengan yang seumpamanya, sedang mereka ditutup oleh kehinaan. Tidak ada bagi mereka yang memeliharakan dari seksa Allah. Seolah-olah muka mereka ditutup oleh sebahagian malam yang gelap gelita. Mereka itu penghuni neraka, serta kekal di dalamnya.

Menurut fahaman ayat-ayat di atas,manusia yang hidup di dunia ini terbahagi kepada dua golongan. Ada manusia yang mengerjakan kebaikan dan ada pula manusia yang melakukan kejahatan. Manusia itu sendirilah yang menentukan keadaannya, apakah ia akan menjadi orang yang baik atau orang yang jahat. Kepada manusia telah dikurniakan Allah akal yang sempurna supaya manusia dapat membezakan antara baik dengan yang buruk. Pada dasarnya Allah sendiri menyeru manusia supaya berbuat baik.

Dalam Surah Al-’Am ayat 127 diterangkan taman kebaikan itu disebutkan dengan istilah Darussalam (syurga) iaitu tempat perdamaian. Satu tempat yang penuh dengan kebahagian, kenikmatan,ketenteraman, keselamatan dan lain-lain.

Sekian dahulu Siaran ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa terdekat. Sehingga itu :

Wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh...!


---------------------ooooooooooooooo------------------------------

Masalah-masalah Agama mengenai Solat -Siaran 20

MASALAH AGAMA - SIARAN KE 11

Soalan.

80.. Bagaimanakah orang yang mengangkat jari telunjuknya dan digoyang-goyag semasa membaca “Asyhaduan la ila hail lallah..”? ( اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ.....)

Jawapan.

Mengangkat jari telunjuk semasa membacakan “Asyhaduan la ila hail lallah…” adalah sunat, kerana di saat itu kita mentauhidkan bahawa Allah s.aw.t itu hanya satu sahaja dan Dia yang disembah, tiada ada lain. Tetapi menggoyangkan jari telunjuk itu beberapa kali adalah makruh dan kalau sampai tiga kali membatalkan sembahyang itu.
( Kitab Seratus Masalah Agama ms 136, para 156 Bhg.2)

Soalan.
81.. Kenapakah kita menyapu muka dan dahi selepas kita memberi salam sesudah solat?

Jawapan.
Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai sembahyang. Dalam satu hadis dari Annas a.s. menyebut bahawa Baginda menyapu dahinya dan dukucupkan dengan tangan kanannya.
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتـَهُ بِيَدِهِ الـْيُمْنَى ثُـمَّ قَالَ: اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
”Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah menyelesaikan sembahyangnya, disapumya dahinya dengan tangan kanannya,kemudan diucapkannya.”
”اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.”
Artinya:”Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Pengasih dan Penyayang. Ya Allah lakukanlah dari padaku segala dukacita.
(HR Ibnusunny, Albazzar dan ibnu ’Ady

Soalan.

82.. Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?

Jawapan.

Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan tidak dibolehkan mengqadhanya.
(Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140)



Soalan.
83.. Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.

Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. Hanya diwajibkan kepada mereka itu melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.

Soalan.

84...Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya sembahyang bersama.?

Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di lakukan.
Terdapat hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-

اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi dan Annasa’ ) (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms 148)

Soalan.
85…Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana hukumnya?

Jawapan.
Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunnat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu. Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.
Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang sembahyang tasbih dan sebagai lagi.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).



Soalan
86.. Bolehkan saya sembahyang sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan sunat rotibah sesudah fardhu Subuh?.

Jawapan.


Tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Subuh. Dan makruh tahrim hukumnya dan tidak sah melakukan sembahyang sunat yang tidak mempunyai sebab sama sekali, seperti nafal mutlak, sunat ihram yang dilakukan di luar tanah haram Makkah, pada waktu sesudah sembahyang Asar dan sesudah sembahyang Subuh.


Adapun yang mempunyai sebab, tidakklah di makruhkan, yang berarti sebabnya itu terdahulu seperti sembahyang-sembahyang fardhu atau sunat-sunat yang luput, jelasnya qadha fardhu atau qadha sunat. Dan juga sembahyang-sembahyang gerhana matahari dan sembahyang istisqa’ atau sembahyang minta hujan tidak juga dimakruhkan.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 164 ms 157)


Soalan.

87... Saya hendak sembahyang Hadiah tetapi saya kurang faham akan kafiatnya?

Jawapan.

Sembahyang Hadiah adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebagai nafal mutlaq pada malam yang pertama sesudah mayat
dikebumikan.

Caranya ialah dibaca tiap-tiap sesudah Al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat :-

a.Ayat kursi 1 kali
الله لآإله إلاهوالحي القيوم.... (البقرة 285)
b.Al-Takkasur الهكم التكاثر.....- 1 kali
c. Qul huwallah ahad… 1 kali

Surah-surah tersebut dibaca setiap rakaat sesudah Al-Fatihah.
Maka setelah selesai dilakukan dua rakaat sembahyang tersebut diucapkanlah doa seperti berikut:-

اَللـَّهُمَّ اِنَّيْ صَلـَّيْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ
ثـَوَا بَهَا اِلَا قَبْرِ.............(فُلَانِ بْنِ فُلَانَةٍ)
Maksudnya: Ya Allah. Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah. Kirimkan pahalanya kepada Kubur………………..(si pulan bin si pulan).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 165,ms 161)

Soalan.

88...Saya dapati sekarang ini banyak orang berlumba-lumba mengerjakan sembahyang tarawih hanya sebanyak lapan rakaat sahaja, tetapi terdapat orang-orang tua yang melakukan dua puluh rakaat dan tiga rakaat sembahyang witir. Minta tuan jelaskan?.

Jawapan.

Setengah dari pada sunnah-sunnah adalah sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan. Bagi Abi Hurairah, As-Shafiei, dan Ahmad mereka mengerjakan dua puluh rakaat dan tiga rakaat witir. Yang dikenal Mazhab-mazhab yang Empat itu mereka juga melakukan dua puluh rakaat. Tidak ada dinaqalkan dari mereka itu sembahyang Tarawih hanya lapan rakaat.
Tdersebut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :-


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ يُصَلـِّى فِى شَهْرِ رَمَضَانَ فِى غَيْرِ جَمَاعضةٍ عِشْرِيْنَ رَكَعَة ً وَالـْوِتـْرَ.(رواه البهيقي والطبراني وعبد بن هـُمَيْدِ)

Bermksuad: “Adalah Rasulullah s.a.w. berseambahyang di bulah Ramdhan dengan tidak berhenti-henti dua pualuah rakaat di tambah dengan Witir.”
(HR. Al-Baihaqy, At-Thabarany dan ’Abdul Humain)
(Rujukan: ”Kitab Masalah Agama Jil 2.para 167,ms 169)

Soalan.

89... Saya ingin tahu berapakah rukun Khtbah Jumaat?

Jawapan.

Rukun Khutbah itu ada lima iaitu:-
a. Memuji Allah s.w.t.
b. Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
c. Berwassiat dengan Taqwallah
d. Membaca ayat al-Quran pada salah satu dari dua Khutabah.
e. Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerimtah pada khutbah yang akhir.
Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya ”Hamlaaah” Ini sama dengan tidak membaca ”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak sah khutabhnya itu.

Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para 170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)

Soalan.

90...Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?

Jawapan.

Memang sunat hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu keadaan yang terdekat seorang hamba kepada Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu, janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.
Diriwayatkan dariAbi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.aw. bersabda:

اِذَا صَلـَّى اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ
فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ. (رواه الجماعه الاابن ماجه)

Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu. Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.
(HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah).


--------------------0000-----------------------
(Sekian dahuu, bertemu lagi dalam Siaran yang ke 12 Insya Allah).

Menjadi Lelaki Yang Soleh






MENJADI LELAKI SOLEH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة فَلَايُجْزَى إِلَّامِثـْلَهَا. وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّنْ ذَكَر اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ وْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة يُرْزَقـُونَ فِيهَا
بِغَيْرِ حِسَابٍ. (المؤمين 40)


Bermakasud:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat 40)



Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti.

Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil”

”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat”

Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa.


Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.”



Kecintaan Pada Ibu.


Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu”

Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja. Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah.

Beriman dan Beramal Soleh.

Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang soleh.”
(Al-Ankabut ayat 9)


Mendoakan Kepada Ibu bapa.


Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi.

Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.)

Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa.


Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga” Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.”
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi”)


Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka.




Melunasi Hutang Ibu Bapa.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?” Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar”

Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:-

”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?” Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?” bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi”
(HR Bukhari)


Belaian Mesra Ketika Mereka Tua


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:

”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23)

Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud”

”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.”
(Al-Ahqaf ayat 15)

Lelaki Soleh Sebagai Suami

Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu:

a. Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada.




b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak
lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya.


c. Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas.

d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya.

e. Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka.

f. Saling tolong Menolong antara Suami Isteri
Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)

----------------------oooooooooooo-----------------------

Monday, December 26, 2011

Berbuat baik dengan jiran














BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN TETANGGA


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.





Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)إ
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.

Beebuat Baik Dengan jiran Tetangga.


Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segaka laranganNya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tahukah kamu akan hak-hak jiran tetangga ? Jika ia meminta pertolongan kepada kamu segeralah kamu menolong, jika ia meminta pinjam sesuatu berilah ia pinjam, jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya, bila ia mendapat nikmat brerilah ia ucapan selamat dan tahniah,bila ia ditimpa mala petaka hiburkanlah ia.” (H.R. Bukhari dan Muslim).
Itulah di antara hak jiran tetangga yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita umat Islam yang mana dengan adanya hak-hak seperti itu terbuktilah kepada kita bahawa sesungguhnya umat Islam telah disediakan satu sistem peraturan hidup yang sempurna dan lengkap untuk membolehkan mereka menikmati hidup ini bersama jiran tetangga dalam lingkungan suasana yang penuh mesra, tolong menolong, zirah-menziarahi, kasih sayang dan hormat-menhormati di antara satu sama yang lain.

Tanggungjawab terhadap jiran adalah merupakan satu perkara yang tidak boleh diabaiklan oleh umat Islam, kerana dengfan tidak wujudnya sifat, atau amalan yang disebutkan tadi oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis di atas maka tentulah masyarakat Islam akan menghgadapi kepincangan yang begitu ketara, di mana umat islam yang menjadi angguta sebuah masyarakat tidak sanggup dan sedia untuk merelakan dirinya mengerjakan segala apa jua yang boleh mengiratkan tali perhubungan persaudaraan sesama unat Islam.

Sabda Rasulullah s.aw. lagi yang bermaksaud :-

”Diumpamakan orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang menyanganyi, saling simpati mensimpati, dan di dalam saling ihsan mengihsani, adalah satu tubuh,apbila menderita satu angguta daripdanya disebebkan tidak boleh tidur mlam dan berlaku demam atau sakit maka seluruh badan tubuh badan akan merasainya bersama.

Semoga tolong menolong sesama jiran tetagga ini amatlah mustahak dan tidak boleh kita hapuskan dari masyarakat Islam, kerana dengannyalah punca kekuatan Islam dan nilai-nilai keindahan serta maruah kewibawaan, nilai-nilai persaudaran dan akhlak mulia di dalam sebuah masyarakat Islam. Adalah seumpama ibarat aur dengan tebing, saling perlu memerlukan, maka dengan cara begitu terlaksanalah falsafah jiran di dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. :-

...وَتَعَا وَنُوا عَلىَ الـْبِرِّوَاتـَّقْوَى ج وَلآ تَعَاوَنُوا
عَلىَ الْإِثـْمِ وَالـْعُدْوَنِ ج وَاتـَّقُواللهَ ج
إ ِنَّ اللهَ شَدِيـْدالـْعـِقـَابِ. (الماءدة اية 2)

“….Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kerana sesungguhnya Allah amat berat siksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.”
(Al-Maedah ayat 2).


Kita semua dituntut supaya bergaul dan bertutur dengan baik, sekiranya terdapat perselisihan hendaklah diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, janganlah dengan sebab akank-anak kecil kita berkelahi dan orang tua masuk campur, dengan sebab kambing atau ayam masuk ke kawasan rumah menjadi punca pergaduhan, bermasam -masam muka tidak tegur mengur.

Terdapat pula di zaman ini disebabkan fahaman dan idelogi politik yang berlainan telah menjadi permusuhan hingga tidak tegur-menegur antara sesama jiran, yang anihnya pula bukan orang orang kebanyakan tetapi yang berpengetahuan agama Islam yang tinggi telah berbuat demikian.

Bagaimana denagan pengegtahuan agama Islam mereka yang tidak mematuhi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak sempurna iman seseorang itu sekira ianya tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ianya mengesiah akan dirinya sendiri.”
(H.R. Bukhari idan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :

”Barangsiapa beriman kepada Allah dan beriman dengan hari qiamat hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya”

Firman Allah s.w.t. :

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلآتـُشْرِكُوْابِهَ شَيْـءًـا ج وَبِالـْوَلـِدَيْنِ إ ِحْسَنـًا وَبـِذِى الـْقُرْبىَ وَالـْيَتَمِى وَالـْمِسْكِينِ وَالـْجَارِ ذِى الـْقُرْبىَ وَالـْجَارِ الـْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالـْجَنْبِ وابْنَ السَّبِيلِ وَمَا مَلـَكـَتْ أ َيْمَنُكُمْ ج إ ِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ مَنْ كـَانَ مُخْتَا لاًافـَخُورًا (سورة النساء اية 36)

”...Dan hendaklah kamu sembahlah kerpada Allah,dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kerdua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jira tetangga yang dekat dan jira tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhgnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang sombong, takbutr dan membanggakan diri.”
(An-Nias; ayat 36).