Sunday, February 27, 2011

Tamak Dan Haloba - Siaran 3



http:mohdsalwh-wwwblogspot.com.my
Email: mohd saleh@jaring.net
Atau : www.mohdsaleh.blogspotg.com

Bersifat Tamak dan haloba - Blog Siaran 3

Sebenarnya memang manusia itu dibentuk dengan mempunyai perasaan tamak dan haloba dan amat kurang sifat qinaahnya atau sifat yang sabar yang akan sentiasa redza atas pembahagian rahmat dari Allah s.w.t. kepadanya.

Begitu juga ia mempunyai perasaan sifat tamak kepada harta benda orang lain, ataupun menginginkan sesuatu yang ada di dalam tangan orang lain, hingga sampai sanggup mencari harta dengan apa jalan ahaja asalkan dapat diperolehinya, tanpa mengingati buruk baiknya jalan itu.

Manusia juga akan menjadi rosak kerana mempnyai perasaan dan bersifat kebendaan, iaitu sangat inginkan kepada harta benda tak kira halal atau haram, asalkan ia dapat padanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَوْ كَاِنَ لِاَبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذ َهَبٍ لِا َبْتَغـَى
لـَهُمَا ثـَالـِثـًا.
Maksudnya: :Andaikata anakAdam itu diberikan dua lembah yang penuh dengan emas, nescaya ia akan meminta ketiganya lagi sebagai tambahan.” (H.R,Bukhari dan Muslim dari Anas).

Penyakit tamak dan haloba itu tiada boleh di kikis dari diri seseorang itu melainkan ia melakukan dengan lima perkara berikut:-

(1).. Hendaklah membiasakan diri hidup berekonomi atau beriktisad dalam segal segi hal, dan sentiasa bersikap sederhana dalam perbelanjaan. Itulah yang dikatakan pokok dalam berqinaah, kerana orang yang berlebih-lebihan perbelanjaan dan boros mengeluarkan wang secara tidak menentu, tidak mampu untuk bersifat qinaah.
Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tiga perkara yang dapat menyelamatkan (1) Takutkan Allah baik dengan rahsaia mahupun dengan terang-terangan. (2). Beriktisad dalam masa kaya mahupun miskin,dan (3) berlaku adil dalam masa redza mahupun marah.

(2).. Hendaklah ia yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawasanya rezeki yang telah ditentukan baginya misti akan diterimanya, miskipun tanpa tamak haloba harta orang lain, asalkan ia sentiasa taat dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t. dan tidak menginaya orang lain.

(3)..Hendaklah ia mengetahui bahawa dalam sifat qinaah itu terlukis kemuliaan dirinya sehingga ia tidak mengharapkan sesuatu selain dari Allah s.w.t. Manakala dalam sifat tamak dan haloba pula terdapat segala kehinaan dan kerendahan moralnya. Bermakna orang akan membenci padanya kerana dirinya yang bersifat tamak dan haloba.

(4)..Hendaklah selalu memerhatikan tentang nikmat-nikmat yang dikecapi oleh golongan orang-orang yang bengkok perjalanannya. Kemudian ia meneliti pula perihal para Nabi dan para Auliya’ Solihin dan para Ulama’, mendengar cerita-certita kesah mereka dan memerhatikan keadaan dan hal ehwal mereka itu.

Lalu diletakkan kedua-dua keadaan itu dalam pemikiranya, supaya ia dapat memilih jalan yang mana satu yang ia tertatrik kepadanya. Apakah ia lebih suka mentauladani cara kehidupan orang-orang yang mendrerhaka kepada Allah s.w.t., ataupun ia lebih senang dengan perjalanan orang-orang yang baik dan berbakti ke jalan Allah s.w.t.. Dengan cara begini akan menjadi lebih senang baginya untuk memilih kesabaran atas bahagian yang sedikit dan seterusnya bersifat qinaah atau redha atas rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya walaupun sedikit tetapi amat berkat dan ia berhati senang tidak mengingatkan segala kesusahan bala petaka akan menimpa.

(5)..Hendaklah ia menyedari tentang bahaya-bahaya mengumpulkan harta-harta kekayaan sebagaimana yang telah dikatkan dalam bab ini yang membicarakan bencana-bencana mengumpulkan harta kekayaan dengan melanggar hukum-hukum dan larangan Allah s.w.t. itu akan menjadi lengkap.

Demikianlah perkara-perkara yang harus diikuti sebagai asas yang membolehkan seseorang itu untuk mengusahakan sifat-sifat qinaah bagi dirinya. Ketahuilah bahawa tiang yang utama bagi sifat qinaah itu ialah bersifat sabar iaitu bersabar dalam segala-galanya. Bersifat sabar melihatkan orang mengumpulkan harta secara haram dan dirinya tidak terikut-ikut dengan sifat itu. Ia bersifat sabar tidak mementingkan diri dengan hal-hal kebendaan dan wang ringgit. Bersifat sabar dalam mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkannya segala yang dilarangNya. Bersifat sabar dengan kemurahan hatinya untuk bersedekah bagi tujuan ke jalan Allah sebagaimana firman allah s.w.t.:
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا
. وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.
(الطلاق-2-3)

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
(Al-Thalaq (65), ayat 2-3)



يَاَ يُّهَا الـَّذِيـْنَ آمَنـُوْا اَنـْفـِقـُوْا مِمَّا رَزَقـْنـَكـُمْ مِنْ قـَبـْلِ
اَنْ يـَأ ْ تـِيَ يـَوْم ٌلَّا بـَيـْع ٌ فـِيْهِ وَلَا خـُلـَّة ٌ وَّلَا شـَفـَاعـَة ٌ
وَالـْكـَفـِرُوْن َ هـُمُ الظـَّلـِمُوْن َ.
(البقرة 254)

Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan,(yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang aniaya.
(Al-Baqarah ayat 254


مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ
كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ
سُنـْبـُلـَة ٍ مـَّا ءَــة ُ حـَبـَّة ٍ ط
وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ يـَّشـَآء ُ ط
وَالله ُ وَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ
(البقرة 261)

Misalnya orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatkangandakan bagi siapa yang dikehendakiNya, dan Allah luas (kurnuianya) lagi Mahama mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 261)

Sekian dahulu dan kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat dan penulis mengucapkan Wassalam mualaikum…….!
/Bimbingn Mukminin m.s. 569.
--------------------oooooooooooo------------------

No comments:

Post a Comment