Monday, March 28, 2011

MasalahLidah - Siaran 11


Email – mohdsaleh@jaring.net
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 87

Pendahuluan.


بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


Masalah 263.


Untuk Memperbaiki Perangai Atau Kelakuan Yang Terkandung Di Dalam hadith-hadith yang di siarkan di Blog ini.


MASALAH

Maslah lidah berkata-katalah dengan baik.
Sabda Rasulullah s.a.w. :-

أ َنْتَ الـْمَعْرُوْفَ, وَاجْتَنِبِ الـْمُنْكَرَ وَانْظـُرْ مَا يُعْجِبُ
أ ُذُنـَكَ أَنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ عِنْدِهِمْ فـَأ ْتِهِ,
وَانْظُر ِ الـَّذِىْ تَكْرَهُ أ َنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ

عِنْدِهِمْ فَاجْتـَنبْهُ. (رواه الجماعه)

Kebajikan hendaklah kamau perbuat dan yang mana munkar hendaklah kamu jauhkan dan kamu fikir dan tilik lebih dahulu daripada kamu bertutur akan pertuturan yang mana suka dan manis telinga engkau mendengarnya, ditaqdirkan kalau pertuturan itu terhadap pada engkau ketika kamu berjauhan daripada penutur; maka pertuturan itu eloklah dikeluarkan dan sebaliknyapun begitu juga. (Riwayat Al-Jama’ah).

Ulasan:

Hadis inji mengarahkan kita kepada mengelokkan akhlak, dan menjauhkan umpat cela, kata-mengata sesame Islam.

Ketahuilah bahawa bahaya lidah manusia itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang bik sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w.:-
لَايَسْتَقِيْمُ إ ِيْمَانُ الْعَبْدِ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ قَلـْبُهُ, وَلَا يَسْتَقِيْمُ قَلـْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ, وَلَايَدْخُلُ الـْجَنَّةَ َرَجُلٌ لَايـَأ ْمَنُ جَارُهُ بَوَاءِـقَهُ .
(رواه مسلم).
Maksaudnya: Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya,sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan yang jirannya itu lakukan.

Ibnu Mas’od (Abadullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata “Wahai lidah..! sebutkanlah yang baik-baik nescaya engkau akan dapat faedahnya, dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ كَفَّ لِسَانُهُ سَتَرَ اللهُ عَوْرَتَهُ, وَمَنْ مَلـَكَ غَضَبَهُ وَقَاهُ اللهُ عَذَابَهُ, وَمَن ِاعْتـَذَرَ إ ِلىَ اللهِ قَبِلَ عُذْرَهُ. (رواه البخارى)
Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaannya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah,Allah akan menerima uzurnya. (H.R. Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.:-

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرَ فـَلـْيَقُلْ خَيـْرًا
أ َوْلـِيَسْكـُتْ. (رواه البخارى).
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
berkatalah yang baik-baik ataupun berdiam diri sahaja.
(HR Bukhari).

Sabda Rasulullah s.a.w. :-

اُخْزُنْ لِسَانَكَ إِلاَّ مِنْ خَيْرٍ, فـَإِ نَّكَ بِذَلـِكَ تَغْلِبُ الشَّيْطَانَ. (رواه مسلم).

Maksudnya: Jagalah lidah mu kecuali bila berkata yang baik-baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan. (HR Muslim). (468 & 7).

Sekian dahulu,semoga anda akan mendapat menafaat dengan hadis-hadis tersebut di atas.

Sehingga berjumpa lagi di Blog ini. penulis mengucapkan,wassala mualaikum w.b.t.


-----------------ooooooooooooo-----------------

Akhlak Seorang Islam - Siri 10


CHE DAN BIN AHMAD,@ MOHD SALEH AHMAD

Email – mohdsaleh@jaring.net
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 76

Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .

Masalah 220 ( hingga 229)

Apakah erti perkataan :”akhlak: dan mohon tuan terangkan definasi ilmu akhlak itu ?


Jawapan.

. (1)..Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab
iaitu " خـللق " أخلاق " . Kebanyakan ulama
mendefinasikan Akhlak sebagai “adat” (kemahuan) atau
suatu kecenderungan yang mengatasi kecenderungan-
kecenderungan yang lain secara berterusan. Kamus
Dewan pula mendefinasikan akhlak sebagai budi
pekerti atau kelakuan.

(2). Jadi akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam.. Rasulullah adalah insan yang diutus untuk menjadi model akhlak kepada seluruh umat manusia.

(3). Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhan moral seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.



(4). Definasi Ilmu Akhlak ialah:

Ilmu akhlak adalah suatu ilmu yang diperlukan oleh Muslim untuk membolehkannya menjadi orang yang benar-benar beriltizam dengan akhlak Islam. Dengan memiliki ilmu ini dia bukan sahaja dapat mendidik dirinya sendiri malah anak-anak didiknya juga untuk menghayati akhlak Islam. Ini kerana setiap Muslim adalah pemimpin sekurang-kurangnya kepada dirinya sendiri.

Dr.Muhammad Basir (1973) mengemukakan definasi berikut:

(a). Pengetahuan tentang sifat-sifat terpuji.

(b) ara Cara-cara mendapatkannya supaya insan boleh
berhias dengannya.

(c). Pengetahuan tentang sifat-sifat keji dan cara-cara
mengelakkan diri daripadanya

(d). Mengetahui keadaan tingkah laku manusia

(e).. Ukuran yang di ukur dengannya amalan-amalan
manusia sama ada ia merupakan satu kebaikan atau
keburukan serta menentukan pembalasan kepada kebaikan
atau keburukan tersebut.

Maasalah 221

Apakah Matlamat Akhlak Islam. Mohon tuan huraikan dengan jelas matlamat akhlak dalam Islam itu.

Jawapan.

a.. Matlamat akhlak ialah untuk mencapai kebahagian jiwa, ketenangan hati, kehidupan yang aman dan kehidupan yang diredhai untuk jangka pendek
dan jangka panjang.


b.. Matlamat akhlak Islam juga adalah untuk menjadikan
manusia berakhlak mulia , beradab sempurna seperti
berlaku benar, memelihara lidah, tiada berdusta, tidak
melihat barang yang haram, bermurah tangan memberi
prtolongan, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim
dan sebagai lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Saya diutus ke dunia ialah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Masalah 222 .

Saya dimaklumkan bahawa Ilmu akhlak itu mempunyai skop atau tajuk bahasan yang tertentu. Mohon tuan Jelaskan.


Jawapan

(i). Setiap ilmu mempunyai matlamat-matlamatnya yang tersendiri. Bagi ilmu akhlak Islam matlamat-matlamatnya merangkumi segi fizikal dan rohaniah.

a… Berikut disenaraikan dengan ringkas lima (5) matlamat ilmu akhlak Islam.

(1). Pengetahuan tentang sifat-sifat terpuji.

(2) Cara-cara mendapatkannya supaya insan boleh berhias dengannya

(3). Pengetahuan tentang sifat-sifat keji dan cara-cara mengelakkan diri daripadanya.

(4). Mengetahui keadaan tingkah laku manusia.

(5) Ukuran yang diukur dengannya amalan-amalan manusia sama ada ia merupakan satu kebaikan atau keburukan serta menentukan pembalasan kepada kebaikan atau keburukan tersebut.




Masalah 223 .

Berdasarkan dengan matlamat-matlamat Ilum Akhlak Islam tersebut, mohon tuan nyatakan sejauh manakah ia telah dapat dicapai dalam kehidupan umat Islam sekarang ini.


Jawapan

(1) Islam adalah wahyu Allah dan bukan ideology, kerana Ideologi datangnya dari fikiran manusia. Jadi bezanya wahyu ibarat bumi dan langit Memperjuangkan Islam tidak sama dengan memperjuang ideology.

(2) Islam walaupun agama berteraskan wahyu tetapi gagal dipaparkan menurut asalnya kerana diperjuangkan lebih mirip kepada ideology. Pejuang-pejuang Islam lebih menjurus kepada kepentingan tertentu dan bukan untuk mentaati dan mematuhi perintah Allah.

(3) Akhlak penganut Islam masa kini amat kasar dan bengis dan mementingkan kebendaan dan kewanbgan.

(4) Akhlak Umat Islam masa kini terlalu kotor kerana banyak mengerjakan hal-hal yang mungkar, jauh dari melakukan perkara amar makruf.


(5) Maksiat berlaku secara terdedah dan banyak pula secara tertutup


(6) Tidak banyak berlaku sifat-sifat terpuji tetapi terlalu banyak berlaku sifat-sifat terkeji.

(7) Bukti-buktinya lebih separuh dari Umat Islam masa kini yang tidak mngerjakan solat wajib apa lagi solat-solat sunat, mereka bertaburan di pasar pasar malam, di super market atau di kelab-kelab malam semasa waktu solat, berapa banyak umat Islam yang tidak mengerjakan puasa Ramadzam, berapa banyak yang tidak mengeluarkan zakat.

(8) Rasuah, tipu menipu, memakan riba, mengumpat, berjudi, sumbang muhram, minum arak sudah menjadi budaya umat Islam masa kini.

(9) Sifat mazmumah (amalan yang buruk) menjadi amalan sehari-harian oleh umat Islam hari ini dan meninggalkan sifat mahmudah (amalan yang terpuji) sama sekali.

(10) Oleh itu jalan penyelesaian kepada krisis akhlak dan moral yang berlaku dikalangan umat Islam masa kini, ia hanya boleh diselesaikan dengan cara kembali kepada agama Islam yang sejati. Syariat Islam diterangkan, dihuraikan lahir dan batin, kemudian diamalkan dengan teratur. Itulah ubat yang amat mujrab sekali.


Masalah 224 .


Mohon tuan Bincangkan mengenai Qalbu yang bersifat fizikal. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “qalbu” memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan “qalbu”

b. Mohon tuan Terangkan dengan ringkas peranan qalbu dalam pembinaan akhlak insan.

Jawapan.

(1)..Qalbu ialah seketul daging yang terdapat dalam jasad manusia, dan ia dikenal sebagai hati mnusia. Ia berperanan penting kerana hati manusia adalah pengarah kepada semua tingkah laku zahir.

(2)..Para ulamak mensifatkan hati seperti seorang raja. Manakala jasad pula seperti sebuah negara. Raja akan mempastikan bahawa negara tunduk kepada perintah hati. Oleh itu jika tingkah laku hendak diperbaiki hendaklah diperbaiki hati. Hati yang baik ialah yang bersifat dengan pelbagai sifat terpuji seperti ikhlas, patuh, sabar, syukur, dan sebagainya akan mengarah kepada akhlak yang baik.

(3)..Mukmin yang berakhlak buruk adalah terdiri dari mereka yang telah rosak hati mereka kerana didikan akhlak terpuji tidak diberi oleh ibu bapa mereka, juga akhlak yang terpuji tidak di tanam di dalam hati mereka sejak kecil lagi. Mukmin yang berakhlak terkeji telah tidak dibaiki hati mereka yang rosak itu.

*4).. Qalbu yang bersifat rohani. Ilmu akhlak juga termasuk membincang amalan hati manusia yang menjadi faktor utama segala perbuatan pacaindera yang lain itu. Rasulullah bersabda:

الا َ وَإ ِنَّ فِى الـْجـَسـَدُ مـُضْغـَة ٌ إذا صَلـَحـَتْ صَلحَ
الـْجـَسـَدُ كـُلـُّهُ
وَإذا فـَسَـَد ًتْ فـَسـَدَ الـْجـَسـَد ُ كـُلـُّهُ ألا َ وَهِىَ الـْقـَلـْب ُ.

“Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati”

Mukmin yang berhati dengan sifat-sifat mahmudah adalaah mereka yang telah dididik oleh ibu bapa mereka dengan sifat-sifat mahmudh itu dengan beberapa di antaranya ialah didikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Mereka juga mendapat didikan dari guru-guru di sekolah. Mereka juga dapat meresap ajaran agama dari al-Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w.


Masalah 225.

Mohon tuan terangkan bagaimanakah hubungan akhlak dengan sesama insan?


Jawapan.

(1). Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri. Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya
dan tidak beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
yang berlagak sombong pada rakannya.

(2). Merasa gembira di atas kegembiraannya dan merasa
dukacita apabila dia dalam kesusahan.

(3). Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
kecelakaan menjauhi dirinya.

(4). Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
dirinya dengan akhlak terpujinya.

(5).. Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk
membalas budinyanya


(6). Kebaikan insan disanjung dan diikuti, kejahatannya
dinasihati dan dirahsiakan.


(7). Baik yang terhadap orang Islam dan hendaklah
Tawadhuk dengan manusia.



Masalah 226.

Bagaimanakah hubungan akhlak dengan masyarakat masa kini .?


Jawapan.

(1). Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan. Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak, menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbeza. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.

(2). Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama insan dengan baik dan berakhlak mulia. Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikian kita akan dapat tercapai sesuatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.

(3).. Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yang konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.

(4.) . Adab pergaulan sesama insan mukmin secara rigkas seperti brerikut:

a. Menyukai saudara seagama
b. Tidak menyakiti Muslim lain
c. Tawadhu (merendah diri)
d. Bersikap hormat dan pengasih
e. Bermanis muka
f. Tidak mudah mendengar berita -berita buruk
g. Memelihara kehormatan
h. Menempatkan seseorang pada haknya
i. Meminta izin
j. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.


(5.). hubungan dengan masyarakat .


(1). Hakimkan antara manusia dengan adil dan saksama.
(2). Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
(3)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
empunyainya.
(4). Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
izin dan dia membenarkan kamu masuk.

(5). Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dia ada kesuahan.

(6).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
usrusan ursan dengan masyakakat,

(7). Ziarah dia apabila I dalam keuzuran dan berdoa supaya
sembuh kembali.


Masalah 227 .

Mohon tuan huraikan kedudukan hubungan akhlak yang baik dengan anak.

Jawapan

(1).. Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga. Ia menerima setiap ukiran dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahir bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.

(2).. Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan, supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukan Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.

(3).. Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.

(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”

“Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
Anaknya yang lrebih utama daripada sopan santun mereka yang baik”
(HR Timidzi)

(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:

i.. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menerusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.

ii.. Saat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.

iii.. Kebersihan jiwa iaitu menahan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan syariat.

iv.. Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebjaksanaan dan kebahagian.

(6.).. Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
membimbing anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
(terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
iaitu keburukan.

Masalah 228 .

Mohon tuan huraikan kedudukan hubungan akhlak yang baik dengan dengan isteri.

Jawapan

(1).. Suami hendaklah mengamalkan menjadi sebagai suami
soleh. Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya dan semua orang yang
menjadi tanggungannya, dengan semangat kasih sayang.

(2).. Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah,
Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya.

(3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
sayang dan ramah mesra.

(4). Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak yang
terpuji (mahmudah

(5). Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
kebajikan.

(6). Raulullah s.a.w. mewasiatkan hendaklah suami isteri
menunjukkan wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
sekalian mukmin walau dalam keadaan apa sekaliapu

(7). Sunat Nabiyah bagi suami menunjukkan sikap mesra
ketika makan dan tidaklah makan seorang diri


Masalah 229.

Mohon tuan huraikan kedudukan hubungan akhlak yang baik dengan dengan suami :

Jawpan .

(1). Hendaklah bergaul dengan suaminya dengan baik,
penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
dan keluarga pihak suami.

(2) Menjadi isteri yang solehah iaitu taat kepada
Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh ia
menyempurnakan tugasnya

(3) Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
Yang terpuji (mahmudah).

(4). Menghiasi diri dengan perangai orang soleh yang
terpilih dan banyak membuat kebajikan.

(5).. Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
ketika makan dan janganlah makan seorang diri.


Sekian dahulu buat sementara waktu ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam masa terdekat ini. Insya Asllah.....



------------------------------ooooooooooooooooooo----------------------------------